Bila aku melangkahkan kaki

Bila aku cakap kat papa & mama nak keluar ada program, mereka tidak keberatan, sebaliknya bersusah payah menghantarku menaiki bas. Rasa hidup kembali hati ini, iman ini bila mana dapat mendengar pengisian yang menginsafkan, berjumpa dengan para akhwat yang tidak putus-putus memberikan kata kata semangat, bila berada dalam biah yang sangat membantu..

Alhamdulillah.. aku berpeluang berprogram di tanjung malim, changloon & berjaulah ke kangar perlis .. pelbagai peristiwa menarik, melucukan & manakutkan sepanjang berpeluang ke negeri orang. Yang menakutkan bila aku ke puduraya, ada seorang lelaki ini mengekori ku.. katanya dia baru balik dari Paris (bleh caya ke?). . xde angin, xde ribut.. macam macam dia tanya aku, tinggal kat mana? Bas pukul bape? Tiket bas harga bape? Nak ke mana? Ingat aku kuanter pertanyaan ke ape? Ish... sangat menyeramkan la lelaki macam ni. Nasib baik Allah membantuku, aku berjaya “melarikan diri”.. fuhhhh... lega.. Pesan ku pada akhwat sume, hati hati dengan lelaki bila travel sorang2.. Sebenarnya banyak lagi peristiwa-peristiwa lain, tapi malas la nak ingat balik.. yang lepas biarkan berlalu bak kata P Ramlee.. hehe.

Tapi yang aku nak citerkan pada para viewer blog ku sekalian ialah tentang apa yang aku baca dari majalah kesayanganku, Era Muslim Digest. Sempat la pergi beli kat Pustaka Fajar Bakti (sebelum ni nama dia PI). Harganya dalam 1 dirham=rm22. Yang menarik nye untuk edisi 8 kali ni, ialah berkenaan dengan “The Satanic Finance: Konspirasi Di Balik Sistem Kewangan Dunia”. Fuhhh.. aku memang melonjak gembira membaca tajuk tu. Rasa mau habiskan baca buku tu masa tu jugak. Apa yang aku bleh rumuskan daripada apa yang aku baca dari majalah EMD (era muslim digest) kali ini ialah; BELI LA EMAS BANYAK-BANYAK.. agak duniawi kan saranan aku?

Kalian mustiii tertanya-tanya why i said so... (skrang nak pegi ipoh, ada hal, nanti aku sambung balik)

0 comments: