Papa


       Entah mengapa malam ini fikiran ku melayang layang mengingati papa.. baru petang tadi aku bercakap telefon dengannya. Kedengaran suaranya agak kepenatan.. dia berada di hospital kerna kencing manisnya meningkat kepada 22. Agak tinggi sebenarnya.. 

Insyaallah papa dan mama akan berangkat ke tanah suci untuk mengerjakan umrah pada 12 Februari ni... "Ya Allah, Kau sembuhkan lah papa, agar bisa dia menjadi tetamu Mu telah lama lagi.." 

"Dan hendaklah kamu beribadah kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa." (4:36)

 Aku masih ingat lagi ketika aku masih kecil lagi, papa akan merotan kami adik beradik sekiranya lambat menunaikan solat... Subhanallah.. semoga Allah membalas segala kebaikan papa.. aku merindukan gurau senda dan jenaka papa.. wlaupun aku tidak pernah melahirkan rasa sayang pada papa secara zahirnya.. tapi jauh di sudut hatiku.. aku sangat merindukan pertemuan kita semua di syurga kelak... "Selamatkan aku dan seluruh ahli keluargaku (seterusnya kpd muslimin muslimat) dari api neraka Mu, Ya Allah."


 

 

0 comments: