ke mana kita lepas ni?





Alhamdulilah… Segala puji dan syukur pada Allah… Allah yang Maha Berkuasa telah mempermudahkan urusan ni… Bole lah sket2 jawab test sepro… Better than test 1, Thanks God... Please forgive me… Although i am always making stupid mistake to You, but You still loving me…

Kadang kadang sedar atau tidak, kita selalu di sibukkan or menyibukkan diri dengan urusan2 dunia yang tidak penting..
Urusan2 yang sangat remeh dan membazirkan masa je untuk difikirkan…
Urusan2 yang useless..becoz finally kita rasa, wat penat je saye buat/fikir benda tu..

Sehinggakan kita melupakan misi utama kita kat dunia ni..
Sehinggakan kita melupakan sesuatu yang sebenarnya itulah kebahagiaan sejati yang selama ni kita cari...

Cuba tanya diri kita,

Siapakah aku sebenarnya?
Bagaimana tetiba je aku bleh ada kat bumi ni?
Kenape Allah menghidupkan aku?
Selepas mati aku akan ke mana?
Siapa yang akan aku jumpa lepas aku mati?




Cuba la tanya diri kita seikhlasnya...

Bayangkan, kita akan menempuh satu perjalanan yang agak panjang dari Kedah ke Johor.. Kita akan menaiki highway plus utara selatan...
Maka, kita pun mulakanlah perjalanan tu.. drive, punye drive punye drive dah dekat 4 jam.. kita pun rasa nak berenti kat R & R.. maka, berhentilah kita dekat R & R Tapah.. then apa yang kita buat kat R&R tu? Makan secukupnya, bersihkan diri, beli bekalan untuk next 3 hour perjalanan dan sebagainya.. Tetapi dalam kepala kita, kita tak pernah pun terpikir nak rehat lama lama kat situ, secukupnya sahaja kerana kita punyer destinasi terakhir adalah johor.. kita asyik teringat nak sampai johor je..









Begitulah ibaratnya kita kat dunia ni.. Kita punya last destination bukan kat R & R tu, tapi kita punya tujuan akhir kat dunia ni adalah akhirat.. seperti mana kita akan meninggalkan R & R, begitulah juga dunia ni... kita singgah kejap je untuk cari bekalan, then kita akan berehat lama2 kat johor sebab johor adalah destinasi terakhir kita.. Demikian lah perumpaannya, kita akan berehat untuk selama lamanya kat akhirat nanti.. jika tempat istirehat kita adalah nereka, maka meranalah kita sepanjang masa.. tetapi jika kesudahan kita adalah syurga.. maka berbahagialah kita..

Begitulah.. fikirlah sehabis habisnya bila kita hendak melakukan sesuatu yang tidak diredhai Allah..

Apakah Allah sangat suka bila kita melakukan sesuatu yang Dia larang?
Apakah Allah redha bila kita mendekati zina (berkapel, sosial laki pompuan, chatting, sms ) sedangkan terang terang dalam ayat quran Allah berfirman La takrabu zina?
Apakah Allah x marah pun kalau kita tinggal solat saje saje je..?
Adakah Allah x marah bila kita mengumpat orang, fitnah orang lain?

Jadi, sebagai seorang manusia yang sangat waras... Andalah jawablah persoalan persoalan di atas sendiri... sedangkan test probstat anda bleh skor 30/30.. takkan soalan di atas pun nak meniru.. Ask your own heart...

Saya sebagai seorang yang mengaku sangat mencintai Allah, cuba menjalankan misi saya untuk meramaikan lagi manusia2 kat muka bumi ni untuk sama sama mencintai Allah bersama sama dengan saye… sekian..

Pecah kaca pecah gelas,
Sudah baca harap ikhlas...

0 comments: