Benarkah?



“Salam. Bleh tak gantikan halaqah saya?”


Send


…….


Tet tet..


“Maaf, saya tak dapat gantikan halaqah awak. Saya ada urusan lain.”


Saya menekan butang reply.


“Kenape…”


Saya kembali menekan butang delete.


Arrrghhh, terkilannya hati saya. Terbayang wajah adik adik yang menantikan sentuhan tarbiyah, huluran tangan seorang daei. Tapi apakan daya saya berada jauh di Perak menjalankan urusan dakwah yang lebih urgensi.


Terkilannya saya…


Benarkah kita sudah mengorbankan apa yang kita ada untuk Allah? Benarkah kita sudah jatuh cinta dengan Allah? Benarkah?


Kenapa susah benar hendak mengorbankan sedikit masa untuk Allah? Kenapa banyak benar alasan tatkala diminta menjalankan amanah dakwah?


Sedangkan jalan dakwah itulah jalan Allah, jalan yang pernah dilalui oleh Rasulullah, jalan yang mengantarkan kita dekat dengan Allah. Jika mahu disayang Allah, jika mahu dikasihi Rasulullah, maka jalankanlah amanah dakwah ini sebaik mungkin.


“Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya untuk mencari keredhaan Allah. Dan Allah Maha Penyantun kepada hamba hambaNya.” (2:208)


Ya Allah, aku persembahkan hidupku pada Mu…

Ya Allah, aku korbankan segala yang aku ada untuk Mu…

Ya Allah, aku rela mati demi Mu, kerna aku rindu untuk berjumpa dengan Mu…

0 comments: