mencari erti sebuah aidilfitri

"Duumm... Daamm...”


“Piuuuhhhh….. Dummm!!!”.


Saya menjenguk keluar tingkap. Kelihatan sepupu sepupu saya, pak saudara, mak saudara dan adik beradik saya kelihatan begitu takjub mendongak ke langit.


Saya dongak juga ke langit. Kelihatan bunga api berwarna warni menghiasi dada langit.


“Nak lagi.. nak lagi”, kedengaran suara sepupu sepupu saya yang berumur lingkungan 10 hingga 12 tahun menjerit jerit keriangan.


“Ini yang besar betis ni, harga 30 ringgit”, ‘master mind’ kepada ‘pertunjukan bunga api’ pun lantas bersuara sambil bersiap sedia menyalakan sumbu mercun itu. Tak lain tak bukan adik lelaki saya la. “Berani pula dia malam ni”, bisik hati kecil saya.


'master mind' & atuk saya


Kemudian, dentuman demi dentuman kuat yang memecah keriuhan di rumah nenek saya membuatkan fikiran saya melayang melayang terbayangkan keadaan di palestin. Manakan tidak, kita disini begitu seronok memasang bunga api dan mercun sehinggakan pak saudara saya sendiri menghabiskan rm500 untuk membeli mercun mercun tersebut. Sedangkan saudara saudara kita di palestin dihujani peluru peluru berpandu dan gas gas beracun lantas airmata kesedihan lah yang sentiasa membasahi pipi mereka.


2 keadaan yang hampir sama tetapi situasinya cukup berbeza.


Saya mencari erti apakah hari raya aidilfitri yang sebenar. Saya kerap mendengar daripada ramai orang mengatakan bahawa aidilfitri adalah hari di mana kita meraikan kemenangan.


Tapi apakah ertinya kemenangan itu?


Kemenangan yang bagaimana?


akhirnya di bebaskan..



salam.. masa browse online paper pagi tadi, tertarik ngan berita ni.. i wish i could throw my shoes to bush also, like him.. (wah, kalau baling kerusi lagi bess ni)




BAGHDAD: Wartawan Iraq yang melempar kasut ke arah bekas Presiden George W Bush, tahun lalu, dibebaskan dari penjara semalam.


"Muntazer al-Zaidi yang menjadi hero di rantau Arab berikutan serangannya ke atas bekas pemimpin Amerika Syarikat itu ditemui di luar penjara oleh Ahli Parlimen yang menyokong tindakannya itu," kata abangnya, Uday al-Zaidi.


"Muntazer meninggalkan penjara beberapa minit lalu dan kini dalam perjalanan ke Baghdadiya TV," kata Uday merujuk kepada stesen televisyen yang menjadi majikan adiknya.


Muntazer dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun kerana menyerang Bush ketika bekas pemimpin Amerika Syarikat (AS) itu mengadakan sidang media di Baghdad Disember tahun lalu. Bagaimanapun, hukuman itu dikurangkan kepada setahun.


Mahkamah Iraq, Isnin lalu mengarahkan Muntazer dibebaskan berikutan di bawah undang-undang negara itu seseorang yang sudah menjalani 75 peratus daripada tempoh hukuman dan berkelakuan baik perlu dibebaskan.


Berjuta-juta penonton di seluruh dunia menyaksikan menerusi televisyen atau secara online, Bush yang ketika itu Presiden AS dua kali terpaksa mengelak kasut yang dilemparkan Muntazer ketika sidang media di ibu negara Iraq itu.

MUNTAZER memeluk adiknya setibanya di Baghdadiya TV, di Baghdad, semalam


Tindakan Muntazer itu memalukan Bush dan Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Maliki, yang berdiri di sebelah bekas pemimpin AS itu.


Bagaimanapun, kebanyakan penonton, termasuk di Amerika Syarikat, memuji keberanian wartawan Iraq itu. – Reuters


papa


Tet tet..


Tet..


1 massage received.


Saya menekan butang ‘read’.


“RM 50 telah dimasukkan dalam akaun anda”.


Beberapa minit kemudian..


Telefon saya berdering.

“Private number calling” .


“Hello, assalamualaikum”, saya memulakan bicara.


“Waalaikummussalam”, jawab satu suara garau di hujung telefon.


“Papa, topup nset kakak eh? Terima kasih”, tanya saya cuba meneka.


“Yelah. Kakak wat apa? Sihat ke? Duit ada lagi?”, papa mula menanyakan soalan soalan wajibnya.


“hihi, alhamdulillah sihat. Duit ada jek. Papa sihat?” saya kembali bertanya.


“sihat. Bla…bla.. bla..”, perbualan kami berlarutan selama lebih kurang 10 minit.



Saya tahu papa rindu sebenarnya. Yelah, sepanjang ramadhan ini, dia kepingan untuk berbuka puasa dengan anak anak perempuannya. Saya dan adik, aisyah akan hanya pulang sehari sebelum raya. Manakan tidak, papa hanya ditemani mama di rumah. Dua anak anak lelakinya bukan selalu ada di rumah. Tambahan pula anak lelaki. Seorang ayah pastinya lebih selesa dengan anak perempuan.


Teringat saya masa pulang ke rumah cuti semester lepas, papa meluahkan perasaan kecewanya pada saya ketika kami berdua dalam perjalanan ke rumah tok ayah. Dia kecewa bila 2 anak lelakinya selalu pulang lewat malam, tidak mahu bertegur sapa dengan nya. Sedih juga bila mengingat kembali. Tapi alhamdulillah abang dan adik lelaki saya dah mula berubah. Paling lewat balik sekarang ni pukul 12 malam. Ok la tu.


Papa, kakak doakan rahmat Allah akan menusuki hati papa suatu hari nanti. Kakak ingin sekali melihat seorang ayah yang baik dan tegas seperti papa...

Menjadi selembut hati Umar Al Khattab tatkala mendengar ayat ayat cinta dari Allah.

Menjadi sezuhud Mush’ab bin Umair tatkala iman menusuki hatinya..

Menjadi sehebat Zubair Al Awwam dalam mempertahankan akidahnya...

Ya Allah, makbulkan lah.. perkenankalah.. ku mohon pada Mu ya Tuhan...




ikhlas kah kita?

Perdana menteri Malaysia menyarankan kepada semua rakyat Malaysia supaya mengamalkan sepenuhnya apa yang difirmankan dalam al quran sempena nuzul quran hari ini”, saya tergelak kecil.


Demikian ustaz zamri dari radio ikim membaca petikan berita pagi ini. Saya tidak tahu di mana geli hatinya berita berkenaan, tapi ia berlaku secara spontan.


Saya terbayang wajah P.M Malaysia di samping isterinya.



Tapi, biarkan tentang perkara itu. Saya menyerahkan pada viewer semua untuk fikir sendiri.


Apa yang lebih penting untuk difikirkan adalah mengenai Nuzul Al Quran iaitu pada hari ini tanggal 17 Ramadhan.


Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah.


Memasuki 17 Ramadhan seperti memberi signal kepada kita semua bahwa Ramadhan semakin hampir ke kemuncaknya. Ya, kemuncak amal kita.. kemuncak akhlak kita… kemuncak iman kita.


Menghampiri 10 malam terakhir ramadhan sepatutnya semakin nampakkan buah buah yang dituai sepanjang ramadhan yang telah berlalu.


Bagaimana jika sama sahaja perangai kita?


Subuh masih lewat?


Masih lagi mengumpat?


Mudah marah marah?


Masih tak mampu menjaga pandangan?


Pemalas?


Ertinya ramadhan tiada memberi apa apa impak pada kita. Kerana sekiranya puasa kita benar benar kerana Allah pasti, tidak dapat tidak, imbuhannya ataupun hasilnya adalah Takwa.


"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah: 183)


Macamana nak tau saya puasa kerana Allah?


Orang lain puasa, saya pun puasa la..


Orang lain terjun longkang, adakah saya akan terjun longkang?

teng teng teng...


Ada 8 tanda orang yang beramal semata mata kerana Allah terutamanya kepada sesape yang mengatakan mereka seorang DAIE dan sedang berDAKWAH. Adakah kita ada salah satu daripada tanda tanda di bawah? (saya petik dari site dakwatuna)


Jom kt check sama sama.. (macam rancangan kanak2 plak)


1. Keikhlasan hadir bila Anda takut akan popularitas


Imam Ibnu Syihab Az-Zuhri berkata, “Sedikit sekali kita melihat orang yang tidak menyukai kedudukan dan jabatan. Seseorang bisa menahan diri dari makanan, minuman, dan harta, namun ia tidak sanggup menahan diri dari iming-iming kedudukan. Bahkan, ia tidak segan-segan merebutnya meskipun harus menjegal kawan atau lawan.” Karena itu tak heran jika para ulama salaf banyak menulis buku tentang larangan mencintai popularitas, jabatan, dan riya.


Fudhail bin Iyadh berkata, “Jika Anda mampu untuk tidak dikenal oleh orang lain, maka laksanakanlah. Anda tidak merugi sekiranya Anda tidak terkenal. Anda juga tidak merugi sekiranya Anda tidak disanjung ornag lain. Demikian pula, janganlah gusar jika Anda menjadi orang yang tercela di mata manusia, tetapi menjadi manusia terpuji dan terhormat di sisi Allah.”


Meski demikian, ucapan para ulama tersebut bukan menyeru agar kita mengasingkan diri dari khalayak ramai (uzlah). Ucapan itu adalah peringatan agar dalam mengarungi kehidupan kita tidak terjebak pada jerat hawa nafsu ingin mendapat pujian manusia. Apalagi, para nabi dan orang-orang saleh adalah orang-orang yang popular. Yang dilarang adalah meminta nama kita dipopulerkan, meminta jabatan, dan sikap rakus pada kedudukan. Jika tanpa ambisi dan tanpa meminta kita menjadi dikenal orang, itu tidak mengapa. Meskipun itu bisa menjadi malapetaka bagi orang yang lemah dan tidak siap menghadapinya.


2. Ikhlas ada saat Anda mengakui bahwa diri Anda punya banyak kekurangan


Orang yang ikhlas selalu merasa dirinya memiliki banyak kekurangan. Ia merasa belum maksimal dalam menjalankan segala kewajiban yang dibebankan Allah swt. Karena itu ia tidak pernah merasa ujub dengan setiap kebaikan yang dikerjakannya. Sebaliknya, ia cemasi apa-apa yang dilakukannya tidak diterima Allah swt. karena itu ia kerap menangis.


Aisyah r.a. pernah bertanya kepada Rasulullah saw. tentang maksud firman Allah: “Dan orang-ornag yang mengeluarkan rezeki yang dikaruniai kepada mereka, sedang hati mereka takut bahwa mereka akan kembali kepada Tuhan mereka.” Apakah mereka itu orang-orang yang mencuri, orang-orang yang berzina, dan para peminum minuman keras, sedang mereka takut akan siksa dan murka Allah ‘Azza wa jalla? Rasulullah saw. menjawab, “Bukan, wahai Putri Abu Bakar. Mereka itu adalah orang-orang yang rajin shalat, berpuasa, dan sering bersedekah, sementera mereka khawatir amal mereka tidak diterima. Mereka bergegas dalam menjalankan kebaikan dan mereka orang-orang yang berlomba.” (Ahmad).


3. Keikhlasan hadir ketika Anda lebih cenderung untuk menyembunyikan amal kebajikan


Orang yang tulus adalah orang yang tidak ingin amal perbuatannya diketahui orang lain. Ibarat pohon, mereka lebih senang menjadi akar yang tertutup tanah tapi menghidupi keseluruhan pohon. Ibarat rumah, mereka pondasi yang berkalang tanah namun menopang keseluruhan bangunan.


Suatu hari Umar bin Khaththab pergi ke Masjid Nabawi. Ia mendapati Mu’adz sedang menangis di dekat makam Rasulullah saw. Umar menegurnya, “Mengapa kau menangis?” Mu’adz menjawab, “Aku telah mendengar hadits dari Rasulullah saw. bahwa beliau bersabda, ‘Riya sekalipun hanya sedikit, ia termasuk syirik. Dan barang siapa memusuhi kekasih-kekasih Allah maka ia telah menyatakan perang terhadap Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang baik, takwa, serta tidak dikenal. Sekalipun mereka tidak ada, mereka tidak hilang dan sekalipun mereka ada, mereka tidak dikenal. Hati mereka bagaikan pelita yang menerangi petunjuk. Mereka keluar dari segala tempat yang gelap gulita.” (Ibnu Majah dan Baihaqi)


4. Ikhlas ada saat Anda tak masalah ditempatkan sebagai pemimpin atau prajurit


Rasulullah saw. melukiskan tipe orang seperti ini dengan berkataan, “Beruntunglah seorang hamba yang memegang tali kendali kudanya di jalan Allah sementara kepala dan tumitnya berdebu. Apabila ia bertugas menjaga benteng pertahanan, ia benar-benar menjaganya. Dan jika ia bertugas sebagai pemberi minuman, ia benar-benar melaksanakannya.”


Itulah yang terjadi pada diri Khalid bin Walid saat Khalifah Umar bin Khaththab memberhentikannya dari jabatan panglima perang. Khalid tidak kecewa apalagi sakit hati. Sebab, ia berjuang bukan untuk Umar, bukan pula untuk komandan barunya Abu Ubaidah. Khalid berjuang untuk mendapat ridha Allah swt.


5. Keikhalasan ada ketika Anda mengutamakan keridhaan Allah daripada keridhaan manusia


Tidak sedikit manusia hidup di bawah bayang-bayang orang lain. Bila orang itu menuntun pada keridhaan Allah, sungguh kita sangat beruntung. Tapi tak jarang orang itu memakai kekuasaannya untuk memaksa kita bermaksiat kepada Allah swt. Di sinilah keikhlasan kita diuji. Memilih keridhaan Allah swt. atau keridhaan manusia yang mendominasi diri kita? Pilihan kita seharusnya seperti pilihan Masyithoh si tukang sisir anak Fir’aun. Ia lebih memilih keridhaan Allah daripada harus menyembah Fir’aun.


6. Ikhlas ada saat Anda cinta dan marah karena Allah


Adalah ikhlas saat Anda menyatakan cinta dan benci, memberi atau menolak, ridha dan marah kepada seseorang atau sesuatu karena kecintaan Anda kepada Allah dan keinginan membela agamaNya, bukan untuk kepentingan pribadi Anda. Sebaliknya, Allah swt. mencela orang yang berbuat kebalikan dari itu. “Dan di antara mereka ada orang yang mencela tentang (pembagian) zakat. Jika mereka diberi sebagian daripadanya, mereka bersenang hati, dan jika mereka tidak diberi sebagian daripadanya, dengan serta merta mereka menjadi marah.” (At-Taubah: 58)


7. Keikhalasan hadir saat Anda sabar terhadap panjangnya jalan


Keikhlasan Anda akan diuji oleh waktu. Sepanjang hidup Anda adalah ujian. Ketegaran Anda untuk menegakkan kalimatNya di muka bumi meski tahu jalannya sangat jauh, sementara hasilnya belum pasti dan kesulitan sudah di depan mata, amat sangat diuji. Hanya orang-orang yang mengharap keridhaan Allah yang bisa tegar menempuh jalan panjang itu. Seperti Nabi Nuh a.s. yang giat tanpa lelah selama 950 tahun berdakwah. Seperti Umar bin Khaththab yang berkata, “Jika ada seribu mujahid berjuang di medan juang, aku satu di antaranya. Jika ada seratus mujahid berjuang di medan juang, aku satu di antaranya. Jika ada sepuluh mujahid berjuang di medan juang, aku satu di antaranya. Jika ada satu mujahid berjuang di medan juang, itulah aku!”


8. Ikhlas ada saat Anda merasa gembira jika kawan Anda memiliki kelebihan


Yang paling sulit adalah menerima orang lain memiliki kelebihan yang tidak kita miliki. Apalagi orang itu junior kita. Hasad. Itulah sifat yang menutup keikhlasan hadir di relung hati kita. Hanya orang yang ada sifat ikhlas dalam dirinya yang mau memberi kesempatan kepada orang yang mempunyai kemampuan yang memadai untuk mengambil bagian dari tanggung jawab yang dipikulnya. Tanpa beban ia mempersilakan orang yang lebih baik dari dirinya untuk tampil menggantikan dirinya. Tak ada rasa iri. Tak ada rasa dendam. Jika seorang leader, orang seperti ini tidak segan-segan membagi tugas kepada siapapun yang dianggap punya kemampuan.