mencari erti sebuah aidilfitri

"Duumm... Daamm...”


“Piuuuhhhh….. Dummm!!!”.


Saya menjenguk keluar tingkap. Kelihatan sepupu sepupu saya, pak saudara, mak saudara dan adik beradik saya kelihatan begitu takjub mendongak ke langit.


Saya dongak juga ke langit. Kelihatan bunga api berwarna warni menghiasi dada langit.


“Nak lagi.. nak lagi”, kedengaran suara sepupu sepupu saya yang berumur lingkungan 10 hingga 12 tahun menjerit jerit keriangan.


“Ini yang besar betis ni, harga 30 ringgit”, ‘master mind’ kepada ‘pertunjukan bunga api’ pun lantas bersuara sambil bersiap sedia menyalakan sumbu mercun itu. Tak lain tak bukan adik lelaki saya la. “Berani pula dia malam ni”, bisik hati kecil saya.


'master mind' & atuk saya


Kemudian, dentuman demi dentuman kuat yang memecah keriuhan di rumah nenek saya membuatkan fikiran saya melayang melayang terbayangkan keadaan di palestin. Manakan tidak, kita disini begitu seronok memasang bunga api dan mercun sehinggakan pak saudara saya sendiri menghabiskan rm500 untuk membeli mercun mercun tersebut. Sedangkan saudara saudara kita di palestin dihujani peluru peluru berpandu dan gas gas beracun lantas airmata kesedihan lah yang sentiasa membasahi pipi mereka.


2 keadaan yang hampir sama tetapi situasinya cukup berbeza.


Saya mencari erti apakah hari raya aidilfitri yang sebenar. Saya kerap mendengar daripada ramai orang mengatakan bahawa aidilfitri adalah hari di mana kita meraikan kemenangan.


Tapi apakah ertinya kemenangan itu?


Kemenangan yang bagaimana?


0 comments: