papa


Tet tet..


Tet..


1 massage received.


Saya menekan butang ‘read’.


“RM 50 telah dimasukkan dalam akaun anda”.


Beberapa minit kemudian..


Telefon saya berdering.

“Private number calling” .


“Hello, assalamualaikum”, saya memulakan bicara.


“Waalaikummussalam”, jawab satu suara garau di hujung telefon.


“Papa, topup nset kakak eh? Terima kasih”, tanya saya cuba meneka.


“Yelah. Kakak wat apa? Sihat ke? Duit ada lagi?”, papa mula menanyakan soalan soalan wajibnya.


“hihi, alhamdulillah sihat. Duit ada jek. Papa sihat?” saya kembali bertanya.


“sihat. Bla…bla.. bla..”, perbualan kami berlarutan selama lebih kurang 10 minit.



Saya tahu papa rindu sebenarnya. Yelah, sepanjang ramadhan ini, dia kepingan untuk berbuka puasa dengan anak anak perempuannya. Saya dan adik, aisyah akan hanya pulang sehari sebelum raya. Manakan tidak, papa hanya ditemani mama di rumah. Dua anak anak lelakinya bukan selalu ada di rumah. Tambahan pula anak lelaki. Seorang ayah pastinya lebih selesa dengan anak perempuan.


Teringat saya masa pulang ke rumah cuti semester lepas, papa meluahkan perasaan kecewanya pada saya ketika kami berdua dalam perjalanan ke rumah tok ayah. Dia kecewa bila 2 anak lelakinya selalu pulang lewat malam, tidak mahu bertegur sapa dengan nya. Sedih juga bila mengingat kembali. Tapi alhamdulillah abang dan adik lelaki saya dah mula berubah. Paling lewat balik sekarang ni pukul 12 malam. Ok la tu.


Papa, kakak doakan rahmat Allah akan menusuki hati papa suatu hari nanti. Kakak ingin sekali melihat seorang ayah yang baik dan tegas seperti papa...

Menjadi selembut hati Umar Al Khattab tatkala mendengar ayat ayat cinta dari Allah.

Menjadi sezuhud Mush’ab bin Umair tatkala iman menusuki hatinya..

Menjadi sehebat Zubair Al Awwam dalam mempertahankan akidahnya...

Ya Allah, makbulkan lah.. perkenankalah.. ku mohon pada Mu ya Tuhan...




0 comments: