2nd turning point dlm hidupku...(2)

Hari pertama, 3 oktober 2009


Saya melangkah perlahan. Seorang teman berjalan di sisi saya. Allah pertemukan saya dengan Faiqa. Fikiran saya kosong, tapi hati saya berdegup kencang. Tidak tahu kenapa.


Melangkah masuk ke dewan, bermula la sesi outer journey. Mengenal siapa Rabb ku.


Pada mulanya ada rasa sombong dalam diri. Sebelum join ESQ, sememangnya ada rasa diri lebih baik dari orang lain, yelah aku ditarbiyah, mereka tidak. Tapi selepas sehari bersama ESQ, saya longlai. Ibarat satu tamparan hebat mengenai saya. Mengejutkan saya dari lamunan yang panjang.


“kau bukan siapa2, kau hanya hamba Allah….!!!” Suara hati saya membisik syahdu di hati.


Tidak sabar untuk menempuh hari kedua, tapi berat hati kerana ESQ makin hampir menutup tirainya.


Hari Kedua, 4 Oktober 2009.


Air mata semakin murah untuk keluar. Hati jadi syahdu. Terasa diri sangat hina, tapi dekat dengan Nya. Terasa ego telah ditundukkan. Makin mengenal siapa diri ini. Makin mencintai hamba hamba Allah yang lain dan semakin mencintai Rabb ku sendiri.


Tuhan, akhirnya benarlah suara hati yang menyuruh aku pergi itu adalah dari Mu, kerana Engkau jua rindu pada suara tangis hamba Mu ini untuk selalu mendekat dengan Mu. Aku jua rindu pada Mu Tuhan. Begitu lama aku menanti saat ini. Akhirnya Engkau kabulkan doaku. Sungguh pelihara la cinta dan rindu ini, aku tidak mahu kesepian lagi tanpa Mu.


Terima kasih pada Uyun, Nadia, Zaleha, Syuhada. Semoga Allah menambah hidayah Nya pada antunna kerana kebaikan antunna. Akak sayang antunna.


Paling tidak dapat dilupakan pada trainer ESQ 165, Pak Firdaus Djamaris. Semoga Allah menempatkan mu di akhirat kelak sesuai dengan amal mu di dunia ini. Semoga Allah memberkahi anak, isteri dan keluarga mu.



0 comments: