ku tinggalkan bahtera ini...


Selama 2 tahun aku di atas bahtera ini, aku merasakan satu sikap yang tertanam dan ditanam dalam diriku yaitu ego, merasakan diri lebih hebat daripada orang lain, kitalah yang paling bagus, siapa siapa yang pergi daripada bahtera ini adalah orang2 yang ditapis oleh Allah (sedangkan aku sendiri tidak tahu sebab musabab mereka keluar). Tapi itulah yang sebenarnya aku rasakan sehinggalah aku sedar tentang sikap itu apabila Allah membukakan pintu hatiku ke ESQ. Mungkin bukan salah bahtera itu, mungkin salah aku sendiri.


Pulang daripada training ESQ membukakan mataku bahawa islam itu sangat luas. Kita tidak berhak menilai amal sesiapa pun. Hanya Allah yang akan menilai dan berhak menilai amal setiap hamba hambanya. Setiap orang akan di balas sesuai dengan amal masing masing.


Aku sangat kecewa, agak kecewa. Kenapa aku bersikap begitu sebelum ni. Kerap membicarakan kesalahan bahtera lain, tetapi bahtera sendiri di rasakan paling sempurna.


Tidak, wahai sahabat2 ku yang masih kekal di atas bahtera itu, jangan suka menilai bahtera lain mengikut perkiraan mu. Hanya Allah yang berhak menilai. Buka kan lah mata mu bahawa sesiapa sahaja yang membuat kebajikan tidak kisahlah di atas bahtera mana pun dia belayar, usahanya akan tetap dibalas oleh Allah setimpal dengan usahanya.


Buka hati, bukalah mata. Jangan terlalu taksub dengan hanya seorang kelasi sahaja. Nilailah sesuatu berita dengan adil, mengikut perkiraan Al quran & sunnah....


Semoga perpindahanku ini, semakin menyucikan jiwa dan hatiku. Benarlah pesan mama padaku,


kakak, nak belajar agama, alhamdulillah.. mama syukur sangat ada anak mama yang nak berubah, dekat dengan Allah.. tapi kalau nak belajar agama kena ada ustaz/guru yang betul2 faqih dalam bidang nye...

Insyaallah, aku akan selalu ingat pesan mama, kerana sesungguhnya redha Allah itu terletak pada keredhaan ibubapaku...


0 comments: