sabar dan redha

Ujian Allah itu sentiasa akan hadir pada hambaNya kerana Allah telah berfirman dalam surah Al Baqarah ayat 155 dan 156


“Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang orang yang sabar, (yaitu) orang orang yang apabila di timpa musibah mereka berkata innalillahi wa inna ilaihi rajiun (sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya lah kami kembali)”.


Dan natijah dari kesabaran itu, Allah berfirman dalam ayat berikutnya,


“Mereka itulah yang memperoleh ampunan dan rahmat dari Tuhannya dan mereka itulah orang orang yang mendapat petunjuk”.


Benarlah ya Allah, bahawa kami adalah milikMu dan kepadaMu lah kami kembali. Ujian dan musibah apa pun yang berlaku kita sebagai hamba Allah sepatutnya redha dan bersangka baik pada Allah. Kerana Allah telah berfirman dalam surah,


Al-Baqarah ayat 216,


“Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal itu baik bagimu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu”.


Sabda Rasulullah SAW:


" Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah suatu kebaikan (keuntungan), maka diberinya ia penderitaan."
(Bukhari dari Abu Hurairah)


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


`Uqbah bin Abi Mu'aith, salah seorang pengikut Abu Jahal adalah orang yang paling banyak menyakiti Rasulullah SAW. Pada suatu hari, Abu Jahal mendesak para pengikutnya agar melakukan sesuatu yang boleh menyakiti baginda.


"Mengapa kamu mendiamkan saja najis unta si Fulan?" kata Abu Jahal.


Mendengar sindiran Abu Jahal itu, `Uqbah bin Abi Mu'aith segera bangun mengambil segenggam najis unta yang kemudian dicampakkan kepada Rasulullah SAW yang kebetulan pada waktu itu sedang sujud di depan Ka'bah. Tetapi perbuatan kejam itu tidak dihiraukan oleh Nabi SAW. Baginda tetap bersujud dengan khusyu' mengadap Allah SWT. Apabila Fatimah mengetahui peristiwa tersebut, ia segera datang menghampiri ayahnya dan membersihkan najis yang bergelumang di seluruh tubuh ayahnya itu. Penghinaan `Uqbah ini tetap dihadapi dengan sabar dan tawakkal kepada Allah.


Subhanallah, tidak sebesar mana pun ujian Allah kepada kita berbanding ujian Allah pada Rasullullah. Hanya dikecewakan dengan sedikit keputusan yang tidak seperti yang diinginkan.


Allah berfirman di dalam al-Qur'an:

" Sesungguhnya, Allah bersama orang-orang yang sabar. "
(al-Baqarah:153)


Menurut Rasulullah SAW, ada empat jenis sabar iaitu:


i.Sabar menanggung beratnya melaksanakan kewajipan. Kewajipan di dalam Islam itu ada banyak sekali seperti kewajipan mengerjakan solat lima waktu, membayar zakat, menunaikan haji apabila mampu, berpuasa di bulan Ramadhan, berjihad dan lain-lain lagi. Bagi mu'min yang sabar, betapa berat sekali pun kewajipan itu, tetap dilaksanakannya denan hati yang ikhlas semata-mata mengharapkan keredhaan Allah, tanpa peduli dalam keadaan sakit, melarat atau sibuk. Orang yang sabar melaksanakan kewajipan bererti mendapat taufiq atau pertolongan dari Allah.


ii.Sabar menanggung musibah atau ujian. Terdapat pelbagai ujian yang silih berganti menimpa orang mu'min. Namun, jika mu'min itu bersabar menanggung musibah dan ujian disertai tawakkal kepada Allah, pasti jalan menuju kebahagiaan akan terbuka luas. Orang yang sabar menanggung musibah pasti memperolehi pahala yang besar dari Allah.


iii.Sabar menahan kezaliman orang terhadap dirinya. Di akhir zaman kini, kezaliman telah berleluasa menguasai umat Islam di mana-mana bahagian dunia ini. Terdapat banyak kezaliman yang dikenakan ke atas orang-orang mu'min yang ingin menegakkan keadilan dan kebenaran. Tetapi bagi mu'min yang sabar menahan kezaliman orang demi untuk melihat tertegaknya keadilan dan kebenaran, pasti dia termasuk di kalangan orang-orang yang dicintai Allah SWT.


iv.Sabar menanggung kemiskinan dan kepapaan. Banyak berlaku orang-orang yang diliputi kemiskinan akhirnya menjadi putus asa. Ada yang mengambil jalan mudah tanpa mempedulikan arahan agama dengan melakukan pekerjaan haram seperti merompak, mencuri, memeras-ugut, menipu dan lain-lain lagi. Ada pula yang menjadikan pekerjaan mengemis sebagai kariernya dan meminta sedekah setiap hari, tanpa ada usaha untuk bekerja kerana di dalam jiwanya telah diliputi rasa putus asa dan kecewa. Sebaliknya, mu'min yang sabar menanggung kemiskinan dan kepapaan dengan cara qanaah (cukup) dengan apa yang didapatinya dari pemberian Allah serta mensyukurinya, maka dia adalah orang yang kehidupannya sentiasa dilimpahi keredhaan dari Allah SWT.


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Di dalam sebuah riwayat diceritakan bahawa pada zaman Rasulullah SAW, terdapat seorang isteri sahabat yang sangat sabar. Beliau ialah Ummi Sulaim isteri Abu Talhah. Mereka berdua mempunyai seorang anak yang sangat dikasihi. Pada suatu hari ketika Abu Talhah sedang berpergian, anaknya yang sedang sakit itu meninggal dunia. Pada hari Abu Talhah kembali ke rumah, beliau terus bertanya keadaan anaknya, tetapi Ummi Sulaim menyatakan bahawa anaknya telah sihat. Ia pun menyuruh suaminya makan dan setelah itu mereka pun tidur bersama. Selepas itu, barulah Ummi Sulaim menyusun kata-kata untuk memberitahu suaminya keadaan sebenar anak mereka.


Berkata Ummi Sulaim:


"Wahai Abu Talhah, bagaimanakah pendapatmu jika seseorang meminjamkan sesuatu kepada sebuah keluarga, tiba-tiba diminta kembali. Apakah keluarga yang meminjam itu berhak menolaknya?"


Abu Talhah menjawab: "Tidak boleh."


Ummi Sulaim pun berkata: "Kalau begitu, relakanlah puteramu kepada Allah."


Abu Talhah merasa marah kerana isterinya tidak memberitahu perkara sebenar itu terlebih dahulu. Keesokan harinya beliau pergi bertemu Rasulullah SAW untuk menyampaikan berita tersebut.


Sesampainya kepada Rasulullah SAW, baginda pun menegurnya: "Hai Abu Talhah, berpengantinkah kamu semalam?"


Jawab Abu Talhah: "Benar, ya Rasulullah."


Baginda bersabda: "Semoga Allah memberkati kamu berdua."


Mengikut tradisi jahiliyah, apabila seseorang anggota keluarga yang disayangi meninggal dunia, seperti anak misalnya, lalu yang masih hidup di antara mereka akan mengalami tekanan jiwa terutamanya si ibu yang kurang daya tahan diri. Biasanya, oleh kerana terlalu sedih, ibu itu akan meronta-ronta sambil menangis semahu-mahunya, bahkan kadang-kadang melakukan perbuatan yang dilarang syara' seperti merobek-robek pakaian, mencakar muka dengan kuku sendiri dan lain-lain lagi. Biasanya, perbuatan sedemikian dilakukan oleh orang-orang yang belum mengetahui hakikat sebenar faedah dan manfaat ujian Allah. Akibatnya, mereka tidak dapat menahan kesabaran.



adikku

"Kak, aku sedih. Tak ada duit.”, kedengaran suaranya yang kesedihan dihujung talian.


Hatiku jadi sayu, mengingatkan adik bongsuku ini yang berada jauh di Uitm Perlis. Seingat aku, dia tidak pernah begini. Tapi dek kerana gagal mendapat pinjaman PTPTN, dia sering dihimpit masalah kewangan. Dia hanya menantikan wang dari papa setiap bulan.


adik dan papa


“Dik, mahu dengar cerita tak?”, tanyaku padanya.


“Minggu lepas aku pergi ke sebuah kolej matrikulasi. Ku lihat ada 2 orang pelajar yang sibuk menelaah pelajaran, sedangkan kelas mereka hanya akan bermula keesokkan harinya. Aku jadi pelik mengapa mereka begitu bersemangat belajar. Rupa rupanya kau tau tak dik apa yang berlaku pada mereka?”, aku cuba memberi ruang untuk adikku mengagak.


“Tak tahu”, jawabnya ringkas.


Aku menyambung, “Mereka tidak ada duit dik, sudah 3 hari hanya makan biskut sahaja. Ibubapa mereka orang susah. Tidak bekerja. Mereka belajar bersungguh sungguh di surau kerana mahu melupakan rasa lapar yang mereka sedang rasakan ketika itu. Lagipula mereka mahu mengubah nasib keluarga mereka dengan belajar bersungguh sungguh”.


“Dik, sepanjang hidup kita, apa yang kita nak, selalunya kita akan dapat. Papa selalunya akan memenuhi semua keperluan kita. Tapi dik, pernahkah kau terfikir kenapa Allah menguji mu begini? Kerana Allah tahu, kesusahan itulah yang akan membuatkan kita menangis kepada Allah. Kerana kesempitan itulah, lantas baru kita mengingat Allah. Allah mahu kita merasa bagaimana rasanya insan insan lain yang hidup kesusahan”.


Dik, kau kenal kah seorang sahabat Rasulullah saw yang bernama, Abu Ubaidah bin Jarrah?


Pernah dengar bukan? Dia adalah panglima perang yang sangat digeruni oleh musuh musuh islam zaman itu. Mahu dengar cerita tentang Gubernur negeri syams ini?


Suatu hari Umar Al Khattab, ingin berkunjung ke rumah Abu Ubaidah. Lalu Abu Ubaidah bertanya, “Untuk apakah kau datang ke rumahku? Sesungguhnya aku takut kau tak kuasa menahan air matamu begitu mengetahui keadaanku nanti.”


Namun Umar memaksa. Akhirnya Abu Ubaidah mengizinkan Umar berkunjung ke rumahnya. Sungguh Umar terkejut. Ia mendapati rumah Sang Gubernur Syam kosong melompong. Tidak ada perabotan sama sekali.


Umar bertanya, “Hai Abu Ubaidah, di manakah penghidupanmu? Mengapa aku tidak melihat apa-apa selain sepotong kain lusuh dan sebuah piring besar itu, padahal kau seorang gubernur? Adakah kau memiliki makanan?” tanya Umar lagi.


Abu Ubaidah kemudian berdiri dari duduknya menuju ke sebuah ranjang dan memungut arang yang didalamnya. Umar pun meneteskan air mata melihat kondisi gubernurnya seperti itu.


Abu Ubaidah pun berujar, “Wahai Amirul Mukminin, bukankah sudah kukatakan tadi bahwa kau ke sini hanya untuk menangis.”


Umar berkata, “Ya Abu Ubaidah, banyak sekali di antara kita orang-orang yang tertipu oleh godaan dunia.”


Suatu ketika Umar mengirimi uang kepada Abu Ubaidah sejumlah empat ribu dinar. Orang yang diutus Umar melaporkan kepada Umar, “Abu Ubaidah membagi-bagi kirimanmu.”


Umar berujar, “Alhamdulillah, puji syukur kepada-Nya yang telah menjadikan seseorang dalam Islam yang memiliki sifat seperti dia.”


Begitulah Abu Ubaidah. Hidup baginya adalah pilihan. Ia memilih zuhud dengan kekuasaan dan harta yang ada di dalam genggamannya. Baginya jabatan bukan aji mumpung buat memperkaya diri. Tapi, kesempatan untuk beramal lebih intensif guna meraih surga.


“Dik, marilah kita menjadi seperti Abu Ubaidah, kesempitan itu makin mendekatkan dirinya pada Allah. Dan kesenangan yang Allah berikan pada keluarga kita ini, kita jadikan kesempatan untuk kita meraih syurga Allah”


Aku sayang padamu dik, disaat kesempitan, mohonlah bantuan Allah, kemudian barulah bgtau aku, kakakmu.


3 Red Warriors




"Papa dah sewa 4 biji bas. Sebijik untuk abang dan kawan kawan dia”, kata mama menyakinkan saya.

“Apa?!”, terkejut saya mendengarnye.


Itulah penangan bola sepak. Memiliki seorang ayah dan dua adik beradik lelaki sudah cukap untuk meng ‘kecoh’kan rumah kami. Ketiga tiga mereka adalah pemain dan peminat bola sepak ‘tegar’.


Mohd Afandi, 46 tahun





Papa saya, sudah agak lama tidak bermain bola. Mungkin kerana penyakit kencing manisnya, dan faktor fizikalnya agak manghalang dia untuk aktif seperti zaman bujang dulu. Tapi dari gambar2 lama beliau semasa berusia sekitar 20 an, kebanyakannya gambar2 di atas padang dan atas motor. Heehee..


Mohd Shafieq, 22 tahun





Abang sulong saya, shafieq… aduhai tak usah cakap la. Walaupun memiliki badan bersaiz XXL, tapi semangat nye triple XXL. Minatnya pada bola sepak, tak dapat di sangkal lagi walaupun keadaan perutnya tak berapa mengizinkan.. hehe (pik, minta maaf.. gurau jah..). jadi disebabkan hal itu, abang saya ni selalu diberi jawatan tetap dalam football game ni, yaitu PENJAGA GOL. Insyaallah selamat gawang gol kalau abang saya jadi penjaga gol. Memang xde harapan untuk bola menembusi gol gara gara abang saya berada depan gol. Hiiihii..


Mohd shahiedan, 20 tahun





Yang sorang nilah kapten bola sepak kat rumah kami. Pernah bersekolah di sekolah sukan Bandar Penawar, Johor semasa tingkatan 4 dan 5. Sememangnya adik saya sorang ni cukup istiqamah ke padang setiap petang untuk bermain bola di padang. Agaknye kalau dia xdatang, tak berseri padang kat rumah kami. Hehehe…




Disebabkan akhirnya Kelantan berjaya melangkah ke final piala Malaysia, mereka bertiga ni bukan main happy dan seronok lagi. Bayangkanlah, ayah saya(buat bisnes jual tiket bas) menempah 4 biji bas dari Kelantan untuk membawa kawan2 abang dan adik saya serta kawan2 dia sendiri untuk pergi ke KL menyaksikan sendiri perlawanan dengan negeri Sembilan tu. Aduhh…mengucap panjang saya mendengarnya.





Alangkah seronoknye, kalau begini lah semangat mereka dalam mencintai Allah. Sejuk dan damai rasa hati ini. Tapi insyaallah, aku takkan pernah putus asa untuk mendakwahi mereka kerana aku sangat sangat SAYANG pada mereka. Ya Allah, bantuilah aku, dan bukakanlah hati hati mereka. Ameen..