bila

Bila ...

Seorang wanita tanpa segan silu membuka aurat, lalu dipamerkan aurat itu padamu sambil wajahnya tersenyum bangga,

Seorang anak tidak lagi menghormati kedua orang tuanya, malu sekali mengaku itu ayah dan ibunya,

Seorang hamba tidak lagi mengenal Tuhan yang menciptakannya, lalu dipersoalkan benarkah tuhan itu wujud,

Seorang lelaki tidak lagi menghormati maruah seorang wanita, lalu dipermainkan wanita yang lemah itu ibarat alat permainan,

Seorang wanita merasakan bahawa dirinya kononnya dihargai, lalu diserahkan hidupnya untuk seorang lelaki yang hanya ingin mengambil kesempatan ke atas dirinya,

Seorang manusia hanya hidup untuk makan dan tidur, hanya urusan mengenyangkan perut di fikirannya,

Seorang yang cerdik merasakan miliknyalah segala ilmu yang ada dada, begitu bangga belajar di UNIVERSITI P*TR*N*S, menggapai cgpa 4.5 setiap sem,

Seorang manusia yang hidupnya hanya untuk bersuka-ria, bercanda mesra bersama teman-teman, mengadakan suprise besday party, menyertai dinner dan reunion, menyaksikan movie2 terbaru bersama-sama,

Seorang ayah boleh merogol, menyembelih anaknya sendiri,

Seorang isteri membentak-bentak, memarahi, memukul suaminya sendiri,


Apakah kita hanya DIAM?

Apakah kita harus sahaja MENUTUP MATA?

Apakah kita hanya mampu berkata “APALAH NAK JADI DENGAN DUNIA SEKARANG NI??”

Adakah hanya keluhan yang berbunyi, “DUNIA NAK KIAMAT...”

Itu sahajakah yang mampu kita lakukan?


Kita yang mempunyai tubuh badan yang sihat,

Kita yang sungguh petah berbicara,

Kita yang memiliki segala macam kepandaian, kemudahan,

Kita yang memiliki title yang sangat dihormati oleh masyarakat sekeliling,

Kita yang bepelajaran tinggi, memiliki ijazah,


Sesungguhnya KITA mampu melakukan sesuatu,

Ibarat seorang singa yang sedang tidur,

Hanya perlu kita bangun dari tidur yang panjang itu,

Hanya perlu kita bergegas berlari menyelamatkan umat ini,

Hanya perlu kita sedar dari lamunan yang mengasyikkan,


Berlarilah wahai KITA,

Lakukan sesuatu,

Jadikan SEORANG YANG HIDUP UNTUK ORANG LAIN,

Jadilah SEORANG YANG MATI MEMPERJUANGKAN KESUCIAN AGAMA,

Jadilah SEORANG YANG BERBAKTI UNTUK NEGARANYA,

Jadilah AGEN PERUBAH BANGSA MELAYU YANG KIAN LAYU,

Agar HIDUPMU TIDAK SIA-SIA.

0 comments: