usah lari, tapi hadapi~

Masa berlalu pantas. Sungguh pantas sekali. Usah berasa hairan kerana itu adalah salah satu tanda kiamat.


Daripada Anas bin Malik r.a, baginda bersabda: "Tidak akan berlaku kiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api". (riwayat Tarmizi)


Berbagai-bagai peristiwa yg berlaku sepanjang perjalanan hidup ini semakin banyak mengajarkan saya. Terima kasih Ya Allah, kerana sentiasa mentarbiyah diriku menjadi hamba-Mu yg sebenarnya.

Sedang umat islam masih dalam mood gembira menyambut hari raya, saya dan rakan-rakan universiti dikejutkan dengan berita kematian salah seorang sahabat kami Allahyarham Farhan Rafine. Berita itu benar-benar mengejutkan saya. Biarpun saya hanya seorang kawan sekelas, yg hanya memerhati dari jauh, tapi berita itu cukup memberi pengajaran pd saya.

Tambahan pula, semasa menjaga nenek di hospital sehari sebelum pulang ke UTP, saya melihat sendiri 2 jasad berpisah dengan roh masing2. Bermula dgn nafas yang kian berombak, mata yg memandang ke atas, ahli keluarga yg memenuhi segenap ruang katil menyebut-nyebut nama Allah ditelinga mereka... akhirnya innalillahiwainnailaihi rajiun..


saya terfikir sendiri..
bagaimanakah dengan kematian ku nanti?
adakah husnul khatimah?
apakah aku akan mati dalam maksiat?
atau aku akan mati dalam ibadah?
di saat-saat aku nazak, mampukah aku menyebut nama Allah?

akhirnya saya tewas, airmata ketakutan mengalir jua. nenek kehairanan melihat saya. Benarlah.. kematian itu sangat dekat dengan kita. Tapi kita sering lari dari memikirkannya. Berbagai-bagai alasan utk 'menyedapkan' hati dicipta;
aku masih muda la, sihat lagi kot
aku nak kawin dlu, baru bleh mati
tua aku taubat la
hidup hanya sekali, pehal nak sedih-sedih, enjoy ar

sebenarnya kita tidak mampu lari dari kenyataan bahawa 'kita akan mati'.

Katakanlah: “Sekiranya kamu berada di rumahmu, niscaya orang-orang yang telah ditakdirkan akan mati terbunuh itu keluar (juga) ke tempat mereka terbunuh”. Dan Allah (berbuat demikian) untuk menguji apa yang ada dalam dadamu dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hatimu. Allah Maha Mengetahui isi hati. (QS Ali Imran, 3:154)
Maka pada saat akhir kematian kita merupakan bukti utk siapa hidup kita selama ini.

Jika hidup ini hanya memikirkan hiburan, maka akan terbayanglah dalam fikiran kita segala macam keseronokan yang pernah diperbuat,

Jika hidup ini, kita hanya menyintai manusia, maka manusia tidak mampu memberi pertolongan sedikit pun pd kita,

Jika hidup ini utk mencari wang, maka wang sudah tidak beerti lagi,

Tetapi jika hidup ini kita sentiasa mengingat Allah, maka pada hari kematian kita nanti akan dtg seorang malaikat yang tampan menjemput kita berjumpa Allah.
Sahabat sekalian, ingatlah sekali lagi bahawa 'kita akan mati'.

Saya akhiri dgn tanda2 bahawa kematian kita makin hampir..

100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.

60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.

40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.

7 hari : Mengidam makanan.

5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.

3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.

2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.

1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.

Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan).

Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.

Allahua'lam.

Pagiku ingat, petangku alpa..

Raihan: Damba Cinta Mu Lyrics


Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah, kejahilan hambaMu
Kusering melanggar laranganmu
Dalam sedar ataupun tidak
Kusering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu

Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu

Bilakah diri ini kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagiku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku Kau pimpinlah
Diri ini Yang mendamba cintaMu
Aku lemah Aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu

Ku sering depanMu
Sering jua kumemungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula

Bilakah diri ini kembali
Kepada fitrah sebenar
pagi ku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku, kau pimpilah diri ini
Yang mendamba cintaMu
Aku lemah aku jahil tanpa pimpinan dari mu
Kau Pengasih Kau penyayang Kau Pengampun
Kepada hamba-hambamu
Selangkah ku kepadaMu Seribu Langkah kau padaku

Tuhan diri ini tidak layak ke syurgaMu
Tapi tidak pula aku snaggup kenerakaMu

Kutakut kepadaMu
Kuharap jua padaMu
Mogaku kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat