suatu malam...

Semalam, sebelum tidur aku sempat membaca buku kesukaan ku yakni Tazkiyatun Nafs karangan said hawwa. Bila saja membuku buku tersebut, terpampang tajuknya Pembahagian Manusia dari segi Konsisten dalam Bertaubat. Mungkin Allah mahu aku meneliti semua di golongan manakah aku? Adakah aku benar benar telah bertaubat nasuha? Mari aku bawa kalian semua untuk kita sama sama muhasabah diri kita.

Tingkatan Pertama

Golongan di tingkatan pertama ialah mereka yang bertaubat dari maksiat yang pernah di lakukan secara total & konsisten sehingga lah mereka meninggal dunia. Bukan itu sahaja, mereka juga membayar seluruh ibadat yang ditinggalkan dulu & dihati mereka ni tak pernah terlintas sedikit pun untuk kembali kepada kemaksiatan kecuali kemaksiatan yang tidak mungkin dihindari oleh manusia biasa dan hanya dapat dilakukan oleh para nabi shj.

Inilah golongan yang istiqamah dalam bertaubat dan taubat mereka adalah taubat nasuha. Nafsu yang dimiliki oleh golongan ini adalah an nafsu al muthma’innah yang akan kembali kepada Allah dengan penuh keredhaan. Golongan ini di gambarkan oleh Rasulullah saw dalam hadith :

“Telah mendahului (masuk ke surga) orang yang menyendiri dan membiasakan dirinya dgn berzikir, hingga zikirnya dapat menghilangkan beban berat (dosa) yang ia tanggung, dan mereka akan berjalan pada hari kiamat dengan ringan.” (Tirmidzi)

Dari segi menundukkan syahwat, golongan ini terbahagi kepada dua; yakni orang yang bertaubat & syahwatnya telah ia tundukkan lalu ia tidak disibukkan dlm melakukan perlawanan terhadapnya. Kelompok kedua ialah orang yang bertaubat namun ia belum menundukkan syahwat secara total lalu ia terus menerus bermujahadah melawan syahwatnya.

Dari segi tempoh masa, amount & bentuk maksiat yang pernah dilakukan & tempoh masa taubat juga terbahagi kepada dua; yakni orang yang bertaubat & diberikan tempoh masa yang lama sebelum dia meninggal dunia untuk dia mujahadah, sabar, istiqamah, & byk melakukan kebaikan. Sementara orang yang bertaubat tetapi tidak lama kemudian dia meninggal dunia (seperti citer laki laki yang membunuh 100 orang tu..). Namun kelompok pertama lebih baik dari kelompok ke dua.

Demikianlah ciri ciri golongan manusia yang bertaubat yang mencapai tingkatan pertama. Aku tertanya tanya di dalam hati, apakah aku sudah berada di golongan ini?

Rasa sebak mula memenuhi segenap qalbu ku… aku teringat bagaimana keadaan diriku sebelum aku ditarbiyah. Aku mencari cari kebahagiaan hakiki. Aku pernah mencari pada cinta seorang lelaki, namun kegusaran & hipokrasi yang aku temui. Hanya penipuan, angan angan kosong dan kebodohan yang aku peroleh dari cinta seorang lelaki . Betapa bodohnya aku dulu… astagfirullah.. aku bertaubat padaMu Rabb.. tidak sesekali aku akan kembali pada lembah kehinaan itu.

Namun, aku rasa cukup bahagia kini.. tak mampu aku ungkapkan dengan kata kata betapa bahagianya diriku bila cinta Mu memenuhi setiap degupan jantung ku. Cinta pada Mu mengalir di setiap aliran darah ku. Matikan Ya Allah pada jalanMu. Kecintaan ku kini hanya pada Mu. Hanya untuk Mu…


Bersambung....