Showing posts with label dakwah dan tarbiyah. Show all posts
Showing posts with label dakwah dan tarbiyah. Show all posts

the choices are yours

Don't you ever dare to think that you have a long life ahead. A friend of mine was about a week hospitalized for lung failure. We never when is our time.

Kehidupan ini bukanlah permulaan mahupun pertengahan, tapi bagaimana pengakhirannya. Bagaimana pengakhiran kehidupan yg kita mahukan?

I give you some examples:

BANGKOK: Sebuah kelab malam yang sedang meraikan ketibaan Tahun Baru 2009 di tengah Bangkok terbakar, menyebabkan sekurang-kurangnya 60 maut dan 212 cedera.



or you can choose this





whatever it is, the choices are yours..

Aku rindu

Aku rindu zaman ketika “halaqoh” adalah kebutuhan,bukan sekedar sambilan apalagi hiburan

Aku rindu zaman ketika “membina” adalah kewajiban,bukan pilihan apalagi beban dan paksaan

Aku rindu zaman ketika “dauroh” menjadi kebiasaan,bukan sekedar pelengkap pengisi program yang dipaksakan


Aku rindu zaman ketika “tsiqoh” menjadi kekuatan,bukan keraguan apalagi kecurigaan

Aku rindu zaman ketika “tarbiyah” adalah pengorbanan,bukan tuntutan dan hujatan

Aku rindu zaman ketika “nasihat” menjadi kesenangan,bukan su’udzon atau menjatuhkan

Aku rindu zaman ketika kita semua memberikan segalanya untuk da’wah iniAku rindu zaman ketika “nasyid ghuroba” menjadi lagu kebangsaan

Aku rindu zaman ketika hadir di “liqo” adalah kerinduan, dan terlambatadalah kelalaian

Aku rindu zaman ketika malam gerimis pergi ke puncak mengisi daurohdengan ongkos ngepas dan peta tak jelas


Aku rindu zaman ketika seorang ikhwah benar-benar jalan kaki 2 jam di malam buta sepulang tabligh dawah di desa sebelah

Aku rindu zaman ketika akan pergi liqo selalu membawa uang infak, alat tulis, buku catatan dan Qur’an terjemahan ditambah sedikit hafalan

Aku rindu zaman ketika seorang binaan menangis karena tak bisa hadir di liqo


Aku rindu zaman ketika tengah malam pintu depan diketok untuk mendapat berita kumpul subuh harinya

Aku rindu zaman ketika seorang ikhwah berangkat liqo dengan ongkos jatah belanja esok hari untuk keluarganya

Aku rindu zaman ketika seorang murobbi sakit dan harus dirawat, para binaan patungan mengumpulkan dana apa adanya


Aku rindu zaman itu,

Aku rindu…Ya ALLAH,

Jangan Kau buang kenikmatan berda’wah dari hati-hati kami

Jangan Kau jadikan hidup ini hanya berjalan di tempat yang sama….”


By: KH Rahmat Abdullah

Doin dakwah in different way

There are 2 muslim brothers that i admire. Although they're doin dakwah in different way, but they have caught many attention around da world including me, :)


1) Maher Zain


who is he?
Maher Zain (born 1982) is a Swedish singer and music producer of Lebanese origin. His family moved to Sweden when Maher was only eight, where he continued his schooling. Maher got his first keyboard when he was only ten. He later entered university and got a Bachelors degree in Aeronautical Engineering

leg note: Most of his songs touch people heart, as he's doing it from his heart. The song that i like the most is 'the chosen one' which is dedicated to our Rasullullah saw. The video clip is awesome!

2) Ali Ardekani aka Baba Ali


who is he?
Baba Ali is the founder of UmmahFilms, a Muslim film company that has produced a web series including the "Reminder" series and "Ask Baba Ali" series.Though of Muslim heritage He was originally a irreligious and accepted Islam, after studying many religions. http://www.ummahfilms.com

leg note: Most of his reminder in ummah films is really direct pin pointing to today's issues in muslim society. The way he presented his reminder is very interesting and funny sometimes.. Gud luck bro!

hari itu

Saya masih ingat hari itu. Hari yang selama ini selalu saya mimpi dan angan-angankan kan. Hari di mana saya memeluk 2 orang adik saya. Mereka menangis dalam dakapan saya.



Mereka menangis bukan kerana dunia, bukan lagi kerana manusia, tetapi airmata yang mengalir kerana baru mengerti dengan sepenuh hati siapa sebenarnya mereka. Hari itu saya mengumpul duit sendiri mendaftarkan mereka menyertai ESQ.

Tapi ada angan-angan yang lebih besar lagi ingin saya tunaikan. Yaitu melihat papa, mama dan abang sulong saya pula menangis kerana Allah. Menangis mengenal diri dan Tuhan mereka. Seringkali saya terbayang-bayang saat saya memeluk papa, dan papa menangis bukan lagi kerana harta tetapi kerana Allah. Subhanallah~~ Tiada yang lebih indah selain melihat seluruh ahli keluargaku tunduk menangis kerana-Mu, Ya Allah.


adik saya, mohd shahiedan


XXXXXXXXXXXXXXXXXXX


Sesungguhnya sudah pasti hidayah itu milik Allah. Akan dikurniakan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. ESQ bukanlah pemberi hidayah, apatah lagi para trainernya. ESQ sesungguhnya hanyalah membantu membuka jalan bagi mereka yang mencari hidayah. Bukankah hidayah itu perlu dicari? Atau kita mahu sahaja tunggu ia jatuh dari langit??

Sesungguhnya segala kekalutan yang berlaku pada ESQ ada hikmahnya. Saya bukanlah seorang yang ahli untuk berbicara tentang hukum pengharaman ESQ, kerana semuanya nanti akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah kelak.

Saya sempat membaca status seorang sahabat mengatakan, hari ini adalah hari penentu samada ESQ boleh dilangsungkan di UTP atau tidak. Hanya satu doa saya, agar Allah membukakan jalan-Nya.

Begitu sukarnya saya rasakan perjalanan ESQ untuk membuka hati para umat kini. Membuka mata hati mengenal pencipta mereka. Membuka pintu hijab yang selama ini dipisahkan oleh dosa-dosa. Sesuatu yang jelas-jelas keharamannya spt konsert senang pula kelulusan dikeluarkan. Demikian sunnatullah bg org2 yang mengaku meneruskan perjuangan Rasulullah saw, pasti diuji. Pasti!!

Doakanlah sahabat2 sekalian, agar mampu kita menjadi segolongan manusia yang hidup utk org lain, hidup dgn memikirkan masalah2 umat ini. Hidup sebagai khalifah Allah di muka bumi. Hidup yang mulia, mati tidak sia-sia~~



bila

Bila ...

Seorang wanita tanpa segan silu membuka aurat, lalu dipamerkan aurat itu padamu sambil wajahnya tersenyum bangga,

Seorang anak tidak lagi menghormati kedua orang tuanya, malu sekali mengaku itu ayah dan ibunya,

Seorang hamba tidak lagi mengenal Tuhan yang menciptakannya, lalu dipersoalkan benarkah tuhan itu wujud,

Seorang lelaki tidak lagi menghormati maruah seorang wanita, lalu dipermainkan wanita yang lemah itu ibarat alat permainan,

Seorang wanita merasakan bahawa dirinya kononnya dihargai, lalu diserahkan hidupnya untuk seorang lelaki yang hanya ingin mengambil kesempatan ke atas dirinya,

Seorang manusia hanya hidup untuk makan dan tidur, hanya urusan mengenyangkan perut di fikirannya,

Seorang yang cerdik merasakan miliknyalah segala ilmu yang ada dada, begitu bangga belajar di UNIVERSITI P*TR*N*S, menggapai cgpa 4.5 setiap sem,

Seorang manusia yang hidupnya hanya untuk bersuka-ria, bercanda mesra bersama teman-teman, mengadakan suprise besday party, menyertai dinner dan reunion, menyaksikan movie2 terbaru bersama-sama,

Seorang ayah boleh merogol, menyembelih anaknya sendiri,

Seorang isteri membentak-bentak, memarahi, memukul suaminya sendiri,


Apakah kita hanya DIAM?

Apakah kita harus sahaja MENUTUP MATA?

Apakah kita hanya mampu berkata “APALAH NAK JADI DENGAN DUNIA SEKARANG NI??”

Adakah hanya keluhan yang berbunyi, “DUNIA NAK KIAMAT...”

Itu sahajakah yang mampu kita lakukan?


Kita yang mempunyai tubuh badan yang sihat,

Kita yang sungguh petah berbicara,

Kita yang memiliki segala macam kepandaian, kemudahan,

Kita yang memiliki title yang sangat dihormati oleh masyarakat sekeliling,

Kita yang bepelajaran tinggi, memiliki ijazah,


Sesungguhnya KITA mampu melakukan sesuatu,

Ibarat seorang singa yang sedang tidur,

Hanya perlu kita bangun dari tidur yang panjang itu,

Hanya perlu kita bergegas berlari menyelamatkan umat ini,

Hanya perlu kita sedar dari lamunan yang mengasyikkan,


Berlarilah wahai KITA,

Lakukan sesuatu,

Jadikan SEORANG YANG HIDUP UNTUK ORANG LAIN,

Jadilah SEORANG YANG MATI MEMPERJUANGKAN KESUCIAN AGAMA,

Jadilah SEORANG YANG BERBAKTI UNTUK NEGARANYA,

Jadilah AGEN PERUBAH BANGSA MELAYU YANG KIAN LAYU,

Agar HIDUPMU TIDAK SIA-SIA.

ku tinggalkan bahtera ini...


Selama 2 tahun aku di atas bahtera ini, aku merasakan satu sikap yang tertanam dan ditanam dalam diriku yaitu ego, merasakan diri lebih hebat daripada orang lain, kitalah yang paling bagus, siapa siapa yang pergi daripada bahtera ini adalah orang2 yang ditapis oleh Allah (sedangkan aku sendiri tidak tahu sebab musabab mereka keluar). Tapi itulah yang sebenarnya aku rasakan sehinggalah aku sedar tentang sikap itu apabila Allah membukakan pintu hatiku ke ESQ. Mungkin bukan salah bahtera itu, mungkin salah aku sendiri.


Pulang daripada training ESQ membukakan mataku bahawa islam itu sangat luas. Kita tidak berhak menilai amal sesiapa pun. Hanya Allah yang akan menilai dan berhak menilai amal setiap hamba hambanya. Setiap orang akan di balas sesuai dengan amal masing masing.


Aku sangat kecewa, agak kecewa. Kenapa aku bersikap begitu sebelum ni. Kerap membicarakan kesalahan bahtera lain, tetapi bahtera sendiri di rasakan paling sempurna.


Tidak, wahai sahabat2 ku yang masih kekal di atas bahtera itu, jangan suka menilai bahtera lain mengikut perkiraan mu. Hanya Allah yang berhak menilai. Buka kan lah mata mu bahawa sesiapa sahaja yang membuat kebajikan tidak kisahlah di atas bahtera mana pun dia belayar, usahanya akan tetap dibalas oleh Allah setimpal dengan usahanya.


Buka hati, bukalah mata. Jangan terlalu taksub dengan hanya seorang kelasi sahaja. Nilailah sesuatu berita dengan adil, mengikut perkiraan Al quran & sunnah....


Semoga perpindahanku ini, semakin menyucikan jiwa dan hatiku. Benarlah pesan mama padaku,


kakak, nak belajar agama, alhamdulillah.. mama syukur sangat ada anak mama yang nak berubah, dekat dengan Allah.. tapi kalau nak belajar agama kena ada ustaz/guru yang betul2 faqih dalam bidang nye...

Insyaallah, aku akan selalu ingat pesan mama, kerana sesungguhnya redha Allah itu terletak pada keredhaan ibubapaku...


Benarkah?



“Salam. Bleh tak gantikan halaqah saya?”


Send


…….


Tet tet..


“Maaf, saya tak dapat gantikan halaqah awak. Saya ada urusan lain.”


Saya menekan butang reply.


“Kenape…”


Saya kembali menekan butang delete.


Arrrghhh, terkilannya hati saya. Terbayang wajah adik adik yang menantikan sentuhan tarbiyah, huluran tangan seorang daei. Tapi apakan daya saya berada jauh di Perak menjalankan urusan dakwah yang lebih urgensi.


Terkilannya saya…


Benarkah kita sudah mengorbankan apa yang kita ada untuk Allah? Benarkah kita sudah jatuh cinta dengan Allah? Benarkah?


Kenapa susah benar hendak mengorbankan sedikit masa untuk Allah? Kenapa banyak benar alasan tatkala diminta menjalankan amanah dakwah?


Sedangkan jalan dakwah itulah jalan Allah, jalan yang pernah dilalui oleh Rasulullah, jalan yang mengantarkan kita dekat dengan Allah. Jika mahu disayang Allah, jika mahu dikasihi Rasulullah, maka jalankanlah amanah dakwah ini sebaik mungkin.


“Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya untuk mencari keredhaan Allah. Dan Allah Maha Penyantun kepada hamba hambaNya.” (2:208)


Ya Allah, aku persembahkan hidupku pada Mu…

Ya Allah, aku korbankan segala yang aku ada untuk Mu…

Ya Allah, aku rela mati demi Mu, kerna aku rindu untuk berjumpa dengan Mu…

Mampukah?


Alhamdulillah, kerana atas kehendakNya, saya berpeluang mendapat sedikit taujih dari seseorang. Sesungguhnya seseorang yang hatinya sentiasa bertaubat dan mengingati Allah, maka akan terpancarlah pada amal lalu setiap butir bicaranya bisa menggetarkan jiwa ini.

Sebesar manakah persiapan iman kita dalam menghadapi kemaksiatan yang super dahsyat, yang terkadang tak pernah terlintas di benak kita?

Itulah pertanyaan yang bermain main di fikiran saya..

Bagaimanakah dengan amal kita? Apakah setiap amal itu bisa membuat tangisan kita makin syahdu atau hanya sekadar perbuatan yang tiada ruh?

Jika daie umat ini hanya mampu bertilawah 1 juz seminggu, bagaimana agaknya kondisi umat di sekitarnya? Bagaimana pula daie hanya bertahajud sekali seminggu dalam keadaan terhangguk hangguk menahan mengantuk?

Cukup kah sekadar itu persiapan iman para daei menghadapi umatnya yang amat dahsyat kemaksiatan nya?
MAMPUkah daie menghadapi umatnya yang MAMPU merogol adik, sendiri, membunuh ayah sendiri, meniduri 10 lelaki satu malam? MAMPU kah kamu wahai para daei?

Saya menyeru pada diri saya terutamanya, panjangkan lah solat malam kita dengan tangisan tangisan memohon pertolongan kepada Allah, isilah hari hari kita dengan memperbanyakkan berpuasa, penuhilah setiap detik yang berlalu dengan melantunkan ayat ayat suciNya…

Biar bengkak matamu wahai daie, biar letih tubuhmu, biar lesu langkah mu, biarkan… buktikanlah keimanan mu kepada Allah, korbankan harta mu untuk Allah, habiskan wang mu di jalan Allah.. bertebaran kita mencari jiwa jiwa yang menantikan sentuhan tarbiyah.. pergilah… bertebaran lah…

banyak sgt keje kita!!

Jika kita mnyibukkan diri dengan hal2 yang remeh temeh, maka kita akan menjadi orang yang hidupnya hanya untuk dirinya sendiri.. kita akan menjadi orang yang kecil… sempit fikirannya…




Sebaliknya sekiranya kita sentiasa menyibukkan diri dengan hal2 yang besar, kita akan menjadi orang yang hidup untuk Allah, untuk umatnya, hidup untuk orang lain, maka kita akan mati dalam keadaan yang besar.. dalam keadaan berbakti untuk orang lain.. kita akan diingati kerana kabaikan kita..

So, apa yang bleh saya buat?
Itukah yang bermain2 di fikiran kita?

Kita semua sebagai seorang umat islam.. ya saya ulangi UMAT ISLAM.. yang mengaku beriman kepada kepada ALLAH, beriman kpd RASUL, beriman kpd hari akhir, sangat banyak keje yang kita semua kena wat… sangat banyak… I tell you…. Very the banyak!





Pertama, kita kena memperbaiki diri kita yang serba jahil ni.. of kos, we have to change!! Takkan sampai mati nak kekal dengan solat subuh pukul 7? Takkan sampai ke tua nak solat sorang2 kat dalam bilik je (especially for guys).. pergi le masjid. Takkan sampai dah bercucu bercicit still x tutup aurat dengan sempurna.. (tak ke buruk rupanye pakai tudung flowerhorn macam sesetengah bini menteri tu). So, berubah la perlahan lahan.. mula2 ubah menda basic dulu… solat di awal waktu, solat kat masjid (for men), tutup aurat dgn sempurna..

Allah berfirman, “………Orang2 yg apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, (segera) mengingat Allah, lalu memohon ampunan atas dosa dosanya dan siapa (lagi) yg dapat mengampuni dosa2 selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu sedang mereka mengetahui…..” (3:135)

Kedua, kita kena ubah orang lain jugak.. Yes, I tell u.. We have tO!! Sebab tu saya kata kita sangat banyak keje.. A lot of work we have to do… kita dah x sanggup lg menatap paper baca tentang kes buang bayi, kita dah x larat dah dengar kes buli, kes gejala sosial, kes rogol… enough! Cukup! No more! We are not going to hear about that anymore... So kawan2, marilah kita semua berganding bahu mengubah masyarakat islam kita menjadi masyarakat Rabbani..

Allah berfirman “…….. Jadilah kamu pengabdi pengabdi Allah, kerana kamu mengajarkan kitab dan kerana kamu mempelajarinya!.....” (3:79)



Ya, kita kena ubah masyarakat kita… of kos la kita, takkan nak suruh mat bangla yang tgh gaul simen kot… kita! We have to do it.. kita kena ajak kawan2 kita sama2 berubah, cukup2 lah asik dok tgk drama korea je, sudah2 la asik dok main dota la, mybrute la, apa la.. ingat I don knoe ke?

Maka dengar sini duhai rohadatulaisy…
Jangan sibukkan dirimu dengan urusan yang tidak penting.. gencarkan lagi dakwah di medan mu.. masih ramai lagi insan2 yang menantikan sentuhan tarbiyah darimu… jangan sibukkan fikiran mu dengan benda2 yang tiada manfaatnya.. perkara2 yang useless.. (update blog bleh ke? Can la, but mesti update menda yang berfaedah)

cinta dakwah

Memang seperti itu dakwah. Dakwah adalah cinta. Dan cinta akan
meminta semuanya dari dirimu. Sampai pikiranmu. Sampai perhatianmu.
Berjalan, duduk, dan tidurmu.

Bahkan di tengah lelapmu, isi mimpimu pun tentang dakwah. Tentang
umat yg kau cintai.

Lagi-lagi memang seperti itu. Dakwah. Menyedot saripati energimu.
Sampai tulang belulangmu. Sampai daging terakhir yg menempel di
tubuh rentamu. Tubuh yg luluh lantak diseret-seret. .. Tubuh yang
hancur lebur dipaksa berlari.

Seperti itu pula kejadiannya pada rambut Rasulullah. Beliau memang
akan tua juga. Tapi kepalanya beruban karena beban berat dari ayat
yg diturunkan Allah.

Sebagaimana tubuh mulia Umar bin Abdul Aziz. Dia memimpin hanya
sebentar. Tapi kaum muslimin sudah dibuat bingung. Tidak ada lagi
orang miskin yg bisa diberi sedekah. Tubuh mulia itu terkoyak-koyak.
Sulit membayangkan sekeras apa sang Khalifah bekerja. Tubuh yang
segar bugar itu sampai rontok. Hanya dalam 2 tahun ia sakit parah
kemudian meninggal. Toh memang itu yang diharapkannya; mati sebagai
jiwa yang tenang.

Dan di etalase akhirat kelak, mungkin tubuh Umar bin Khathab juga
terlihat tercabik-cabik. Kepalanya sampai botak. Umar yang perkasa
pun akhirnya membawa tongkat ke mana-mana. Kurang heroik? Akhirnya
diperjelas dengan salah satu luka paling legendaris sepanjang
sejarah; luka ditikamnya seorang Khalifah yang sholih, yang sedang
bermesra-mesraan dengan Tuhannya saat sholat.

Dakwah bukannya tidak melelahkan. Bukannya tidak membosankan. Dakwah
bukannya tidak menyakitkan. Bahkan juga para pejuang risalah
bukannya sepi dari godaan kefuturan.

Tidak… Justru kelelahan. Justru rasa sakit itu selalu bersama
mereka sepanjang hidupnya. Setiap hari. Satu kisah heroik, akan
segera mereka sambung lagi dengan amalan yang jauh lebih “tragis”.

Justru karena rasa sakit itu selalu mereka rasakan, selalu
menemani… justru karena rasa sakit itu selalu mengintai ke mana
pun mereka pergi… akhirnya menjadi adaptasi. Kalau iman dan godaan
rasa lelah selalu bertempur, pada akhirnya salah satunya harus
mengalah. Dan rasa lelah itu sendiri yang akhirnya lelah untuk
mencekik iman. Lalu terus berkobar dalam dada.

Begitu pula rasa sakit. Hingga luka tak kau rasa lagi sebagai luka.
Hingga “hasrat untuk mengeluh” tidak lagi terlalu menggoda
dibandingkan jihad yang begitu cantik.

Begitupun Umar. Saat Rasulullah wafat, ia histeris. Saat Abu Bakar
wafat, ia tidak lagi mengamuk. Bukannya tidak cinta pada abu Bakar.
Tapi saking seringnya “ditinggalkan” , hal itu sudah menjadi
kewajaran. Dan menjadi semacam tonik bagi iman..

Karena itu kamu tahu. Pejuang yg heboh ria memamer-mamerkan amalnya
adalah anak kemarin sore. Yg takjub pada rasa sakit dan
pengorbanannya juga begitu. Karena mereka jarang disakiti di jalan
Allah. Karena tidak setiap saat mereka memproduksi karya-karya
besar. Maka sekalinya hal itu mereka kerjakan, sekalinya hal itu
mereka rasakan, mereka merasa menjadi orang besar. Dan mereka justru
jadi lelucon dan target doa para mujahid sejati, “ya Allah, berilah
dia petunjuk… sungguh Engkau Maha Pengasih lagi maha Penyayang… “

Maka satu lagi seorang pejuang tubuhnya luluh lantak. Jasadnya
dikoyak beban dakwah. Tapi iman di hatinya memancarkan cinta…

Mengajak kita untuk terus berlari…

“Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”

(alm. Ust Rahmat Abdullah)

Kalau iman dan syetan terus bertempur. Pada akhirnya salah satunya
harus mengalah.

In memoriam Ust. Rahmat Abdullah

http://supermenbanget.wordpress.com/

Umat memanggilku..

Tatkala aku membaca harapan kalian pada halaqah yg dipacu kita bersama ini, sepertinya jantung ku bagai di sentap sentap..

seperti mahu sahaja aku biarkan mutiara2 kepanasan mengalir di pipi..

kalian mahu aku tidak berputus asa membentuk kalian, kalian mahu halaqah ini tidak berlangsung sekerat jalan, kalian dambakan halaqah yang mampu mengoncangkan hati kalian yang telah lama kegersangan.. Allahuakbar..

Betapa umat ini sangat mendambakan sentuhan2 tangan para daei yang mengaku berbuat kerana Allah.. betapa umat ini telah lama dahagakan doktor2 penyakit jiwa, doktor2 penyakit dunia... betapa sebenarnya mereka inginkan tarbiyah...

Wahai para daei, bangunlah kalian.. jangan kalian menjadikan medan dakwah ini sebagai satu tempat kalian membina ’kerjaya’, jangan kalian jadikan jalan dakwah ini sebagai satu medan mencari jodoh, kalian jangan cemari jalan yang pernah dilalui para nabi dan rasul ini dengan niat2 keduniaan.. jgn sesekali..

Tidak... sesungguhnya tiada istilah main main, tiada istilah relaks relaks.. tiada istilah berehat...
Sesungguhnya umat memanggil2 kalian.. umat mendambakan kehadiran kalian, umat menantikan sentuhan kalian..