hari itu

Saya masih ingat hari itu. Hari yang selama ini selalu saya mimpi dan angan-angankan kan. Hari di mana saya memeluk 2 orang adik saya. Mereka menangis dalam dakapan saya.



Mereka menangis bukan kerana dunia, bukan lagi kerana manusia, tetapi airmata yang mengalir kerana baru mengerti dengan sepenuh hati siapa sebenarnya mereka. Hari itu saya mengumpul duit sendiri mendaftarkan mereka menyertai ESQ.

Tapi ada angan-angan yang lebih besar lagi ingin saya tunaikan. Yaitu melihat papa, mama dan abang sulong saya pula menangis kerana Allah. Menangis mengenal diri dan Tuhan mereka. Seringkali saya terbayang-bayang saat saya memeluk papa, dan papa menangis bukan lagi kerana harta tetapi kerana Allah. Subhanallah~~ Tiada yang lebih indah selain melihat seluruh ahli keluargaku tunduk menangis kerana-Mu, Ya Allah.


adik saya, mohd shahiedan


XXXXXXXXXXXXXXXXXXX


Sesungguhnya sudah pasti hidayah itu milik Allah. Akan dikurniakan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. ESQ bukanlah pemberi hidayah, apatah lagi para trainernya. ESQ sesungguhnya hanyalah membantu membuka jalan bagi mereka yang mencari hidayah. Bukankah hidayah itu perlu dicari? Atau kita mahu sahaja tunggu ia jatuh dari langit??

Sesungguhnya segala kekalutan yang berlaku pada ESQ ada hikmahnya. Saya bukanlah seorang yang ahli untuk berbicara tentang hukum pengharaman ESQ, kerana semuanya nanti akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah kelak.

Saya sempat membaca status seorang sahabat mengatakan, hari ini adalah hari penentu samada ESQ boleh dilangsungkan di UTP atau tidak. Hanya satu doa saya, agar Allah membukakan jalan-Nya.

Begitu sukarnya saya rasakan perjalanan ESQ untuk membuka hati para umat kini. Membuka mata hati mengenal pencipta mereka. Membuka pintu hijab yang selama ini dipisahkan oleh dosa-dosa. Sesuatu yang jelas-jelas keharamannya spt konsert senang pula kelulusan dikeluarkan. Demikian sunnatullah bg org2 yang mengaku meneruskan perjuangan Rasulullah saw, pasti diuji. Pasti!!

Doakanlah sahabat2 sekalian, agar mampu kita menjadi segolongan manusia yang hidup utk org lain, hidup dgn memikirkan masalah2 umat ini. Hidup sebagai khalifah Allah di muka bumi. Hidup yang mulia, mati tidak sia-sia~~



0 comments: