Alhamdulillah, kerana atas kehendakNya, saya berpeluang mendapat sedikit taujih dari seseorang. Sesungguhnya seseorang yang hatinya sentiasa bertaubat dan mengingati Allah, maka akan terpancarlah pada amal lalu setiap butir bicaranya bisa menggetarkan jiwa ini.
Sebesar manakah persiapan iman kita dalam menghadapi kemaksiatan yang super dahsyat, yang terkadang tak pernah terlintas di benak kita?
Itulah pertanyaan yang bermain main di fikiran saya..
Bagaimanakah dengan amal kita? Apakah setiap amal itu bisa membuat tangisan kita makin syahdu atau hanya sekadar perbuatan yang tiada ruh?
Jika daie umat ini hanya mampu bertilawah 1 juz seminggu, bagaimana agaknya kondisi umat di sekitarnya? Bagaimana pula daie hanya bertahajud sekali seminggu dalam keadaan terhangguk hangguk menahan mengantuk?
Cukup kah sekadar itu persiapan iman para daei menghadapi umatnya yang amat dahsyat kemaksiatan nya? MAMPUkah daie menghadapi umatnya yang MAMPU merogol adik, sendiri, membunuh ayah sendiri, meniduri 10 lelaki satu malam? MAMPU kah kamu wahai para daei?
Saya menyeru pada diri saya terutamanya, panjangkan lah solat malam kita dengan tangisan tangisan memohon pertolongan kepada Allah, isilah hari hari kita dengan memperbanyakkan berpuasa, penuhilah setiap detik yang berlalu dengan melantunkan ayat ayat suciNya…
Biar bengkak matamu wahai daie, biar letih tubuhmu, biar lesu langkah mu, biarkan… buktikanlah keimanan mu kepada Allah, korbankan harta mu untuk Allah, habiskan wang mu di jalan Allah.. bertebaran kita mencari jiwa jiwa yang menantikan sentuhan tarbiyah.. pergilah… bertebaran lah…
Mampukah?
Posted by rohadatulaisy Friday, May 8, 2009 at 2:22 AM
Labels: dakwah dan tarbiyah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment