sukaneka Pintas

Subhanallah, Walhamdulillah, Allahuakbar…
Segala puji hanya kepada Allah, Rabb sekalian alam.. Betapa
besarnya kecintaan Allah kepada hamba hambanya yang berbuat kebaikan, sehingga di setiap saat Allah sentiasa menurunkan bantuanNya dari arah yg tidak di sangka sangka..

Usai saya menunaikan solat subuh dan membaca mathurat pagi tadi, telinga saya tertangkap bunyi hujan yang jatuh berderai.. fikiran saya berputar putar memikirkan program yang akan berlangsung sebentar lagi.. ya, seperti yang di rancang sukaneka
tadika PINTAS julung2 kalinya akan berlangsung hari ini.. tanggal 3 May 2009..

Persoalan bermain main di kotak fikiran saya,
“Macamana budak2 tu nak main kalo ujan camni..” cepat2 saya menepis kerisauan itu dengan mengharapkan pertolongan Rabb yang Maha Berkuasa membolak balikkan sesuatu..

Setelah tiba di tempat kejadian, kelihatan para guru, urusetia sudah mula mengambil tempat masing2… saya menuju ke khemah peserta, di mana saya perlu memastikan kebajikan
pelajar pelajar 4 tahun berada dalam keadaan baik dan terkawal..

Selang 1 jam kemudian, pelajar pelajar telah memenuhi khemah peserta, saya mula bertanyakan mereka,
“Siapa nak roti? Siapa nak roti?”, mula2 agak ayu suaranya, tapi lama lama macam pak ali V4 dah,.. hehe, biasalah kanak kanak diorang mudah hilang tumpuan bila kita bercakap dengan suara yg x jelas. So, kena guna suara jelas dan terang..

Hujan masih lagi turun, tapi dengan kadar yang tidak lah terlalu kuat…

Bila mana acara peserta bermula, saya dapat rasakan
langit yg mendung tadi tidak lagi menurunkan hujan… maka acara dapat di langsungkan dengan lancar.. subhanallah, lihatlah pertolongan Allah itu. Saya tergamam seketika melihat keajaiban ini, kerana bagi saya pertolongan dan rahmat Allah itu sangat mahal harganya. Sangat berharga, tidak semua org bisa mendapatkannya semudah membeli kit kat di 7 eleven (boykot ni tau)…

Sesekali senyuman saya terukir, ketawa saya kedengaran lantaran melihat keletah anak anak tadika pintas..
comel, lincah, kelakar, jujur, nakal, suci lahir dan batinnya.. itulah kata kata yang bleh saya gambarkan tentang mereka..

Tiada apa harapan saya buat anak2 ini, selain mengharapkan agar mereka bisa menjadi
seorang hamba yang mengenali Tuhannya, seorang kekasih yang mencintai Penciptanya, seorang khalifah yang mematuhi Rabbnya.. hanya itu harapan saya, moga kalian biasa menjadi generasi yang di tarbiyah dan mentarbiyah orang lain. Dan seterusnya menegakkan kalimah suci ‘Tiada Tuhan Selain Allah’ di atas muka bumi ini… Allahuakbar!!

Teringat saya pada zaman Rasulullah SAW, dua pemuda
Muadh bin Amru dan Muawwidh bin Afra berjaya membunuh Abu Jahal, musuh Islam dalam peperangan Badar Kubra… semoga kalian menjadi pejuang2 agama Allah suatu hari nanti..

ziyad yang tembam

semua angkat tangan, golek2... peluk tubuh.


betulkan barisan



izzi selalu nak duduk depan... (^^,)


izzi, jangan gigit hakim tau.. hehe



Semua pandang teacher.. (",)


sape nak air? hakim ni baek sungguh!

0 comments: