Sabtu dan ahad lepas telah berlangsung ESQ training batch 4 di UTP. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Segala puji hanya bagi Allah, Robb sekalian alam..
Bumi, matahari, bulan, semuanya patuh pada Allah.. terus menerus tanpa henti berputar, bertasbih bertawaf kepada Allah.. Tidak ada satu pun yang keluar dari garis orbit, semuanya ikhlas beputar pada orbit masing2...
Demikian juga kejadian manusia, teruslah berputar berpaksi pada orbit yang telah Allah aturkan utk mu, nescaya engkau akan bahagia, engkau tidak akan sesat.. Lakukan apa yg Allah suruh dan tinggalkan apa yang dilarangNya.
Cukup bahagia kurasakan apabila melihat ramai yg sedar dan merasai kebesaran dan kewujudan Allah pd hari itu. termasuk salah seorang ahli keluargaku. Tiada harapan yg lebih besar melainkan aku ingin melihat seluruh ahli keluargaku kembali ke pangkuan Allah sebelum aku menutup mata.
2 hari bersama adik lelakiku membuat aku makin mengenalinya. Dia kelihatan senyap, tidak mahu berkawan dgn sesiapa, tapi jauh disudut hatinya aku tahu dia seorang yang malu dan rendah diri.
Tidak tahu kenapa sebelum menaiki bas malam itu, dia agak senyap. seperti memikirkan sesuatu. zikir asmaul husna yg ku pasang dia kuatkan volumenya. matanya memandang keluar tingkap. Sebelum menaiki bas pulang ke Kelantan, dia bersalam sambil mencium tanganku. smg engkau menemui kekuatan mu, dik..
0 comments:
Post a Comment