“Dah pukul 5 ni, bangun cepat, solat asar”, suara hati ku berbisik.
Tiba tiba terdengar bisikan lain.
“Alah.. baru pukul 5, tidor la dulu kejap”, aku kembali memejamkan mata.
“Astagfirullah azim… Allah sedang menungguku agar segera berjumpa denganNya”, suara hati kembali bersuara dengan tegas.
Aku bingkas bangun. Tuala yang bergantung pantas ku capai. Usai membersihkan diri. Sekali lagi suara hati ku berbisik.
“Ingat.. aku solat kerana Allah, kerana aku cintakan Allah, kerana aku mahu Allah redha padaku”.
Alhamdulilah. Setiap kali aku sujud dan rukuk, aku merasakan keberadaan Allah yang sedang memerhatikan aku. Aku takut sekiranya aku lalai sesaat dari mengingati Allah, maka Allah akan berpaling meninggalkan aku.
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Kisah diatas adalah kisah benar yang tiada kaitan dengan sesiapa melainkan orang yang pernah mengalaminya sahaja.
Seperti biasa, saya mahu bertanya pada diri saya dan kita semua. Setiap kali melakukan ibadah, apakah kita pernah bertanya untuk siapakah kita melakukan semua ini?
Untuk siapakah kita berpuasa? Hanya kerana mahu ganti puasa? Itu sajakah?
Untuk apakah kita membaca mathurat? Kerana sudah rutin harian kita kah?
Ish3x sungguh merugilah jika hanya itu niat kita.
Bukankah cantik sekiranya kita berniat berpuasa kerana ingin bekorban sedikit rasa lapar kita kerana Allah. Kerana Allah. Ya semata mata kerana Allah. Kita lapar kerana Allah.
Nah, hebat bukan.
Kita sanggup berlapar untuk manusia yang sama lemahnya dengan kita.
Tetapi kenapa susah benar berlapar semata mata untuk mendapatkan cinta Allah?
0 comments:
Post a Comment