maafkan kakak

“Papa tau kau buat keja baik, tapi jangan sampai abaikan study. Pergi sabah lah, jual quran la. Papa x pernah dengar pun kau dapat anugerah dekan. Jangan sampai malukan papa”, luruh jantungku mendengar kata kata itu. Seperti anak panah yang tepat mengenai sasarannya.


Aku senyap. Tunduk.


“Sekarang dah sem berapa?”, sekali lagi suara garau itu memecahkan kesunyian rumah.


“Nak masuk sem 7”, aku menjawab perlahan.


“Hah, papa tak kisah kau nak buat kerja dakwah ke apa, tapi biar la seimbang antara ke dua duanya”, sekali lagi jantung ku bergegar.


Aku hanya diam terkaku. Tiada apa mampu kulafazkan. Aku menahan sesuatu yang amat berat di dada.


“Kakak nak makan apa?”, tanya mama tiba tiba, cuba meredakan keadaan.


Aku senyap. Aku bimbang sekiranya aku bersuara kedengaran getar getar perit yang ciba ku tahan.


“Erm tak kisah makan apa”, jawab ku sambil berlalu masuk ke dalam bilik air.


Perlahan lahan aku basahkan tangan dan muka, memulakan niat mengambil wuduk. Aku ingin berjumpa Dia. Tak sanggup rasanya beban perasaan ini ku tanggung berseorangan.


Usai bersolat, tanpa ku sedar air mata jatuh bercurah curah. Ya Allah, aku bersyukur atas ujian ini. Tiba tiba aku teringat ayat ayat al quran yang menceritakan perihal orang beriman pasti akan di uji. Ayat (2:214), (29:2, 3), (8: 30).


Aku tidak menafikan bahawa sememangnya aku belum 100% berusaha bersungguh sungguh menggapai keputusan yang baik dalam study. Tapi aku jadi sedih bila papa & mama mula menyalahkan urusan dakwahku adalah punca semua itu berlaku.


Tidak.


Sekali kali tidak.


Dakwah adalah hidup ku. Dakwah adalah jalanku. Dakwah bukan suatu alternative di mana aku hanya mengambil kesenangan darinya. Dakwah dan tarbiyah adalah jiwaku.


Tidak.


Sekali kali tidak.


Aku tidak akan pernah meninggalkan jalan ini selagi nafas ku ada. Kerana di jalan inilah aku semakin mencintai Dia, di jalan ini lah Dia mengajarkan aku segala galanya.


Mama,


Papa,


Maafkan kakak kerana tak mampu menunaikan sepenuhnya impian kalian di dunia. Mungkin kalian takkan pernah mengerti apa yang kakak lakukan, tapi akan tiba saatnya di akhirat kelak…

0 comments: