adikku

"Kak, aku sedih. Tak ada duit.”, kedengaran suaranya yang kesedihan dihujung talian.


Hatiku jadi sayu, mengingatkan adik bongsuku ini yang berada jauh di Uitm Perlis. Seingat aku, dia tidak pernah begini. Tapi dek kerana gagal mendapat pinjaman PTPTN, dia sering dihimpit masalah kewangan. Dia hanya menantikan wang dari papa setiap bulan.


adik dan papa


“Dik, mahu dengar cerita tak?”, tanyaku padanya.


“Minggu lepas aku pergi ke sebuah kolej matrikulasi. Ku lihat ada 2 orang pelajar yang sibuk menelaah pelajaran, sedangkan kelas mereka hanya akan bermula keesokkan harinya. Aku jadi pelik mengapa mereka begitu bersemangat belajar. Rupa rupanya kau tau tak dik apa yang berlaku pada mereka?”, aku cuba memberi ruang untuk adikku mengagak.


“Tak tahu”, jawabnya ringkas.


Aku menyambung, “Mereka tidak ada duit dik, sudah 3 hari hanya makan biskut sahaja. Ibubapa mereka orang susah. Tidak bekerja. Mereka belajar bersungguh sungguh di surau kerana mahu melupakan rasa lapar yang mereka sedang rasakan ketika itu. Lagipula mereka mahu mengubah nasib keluarga mereka dengan belajar bersungguh sungguh”.


“Dik, sepanjang hidup kita, apa yang kita nak, selalunya kita akan dapat. Papa selalunya akan memenuhi semua keperluan kita. Tapi dik, pernahkah kau terfikir kenapa Allah menguji mu begini? Kerana Allah tahu, kesusahan itulah yang akan membuatkan kita menangis kepada Allah. Kerana kesempitan itulah, lantas baru kita mengingat Allah. Allah mahu kita merasa bagaimana rasanya insan insan lain yang hidup kesusahan”.


Dik, kau kenal kah seorang sahabat Rasulullah saw yang bernama, Abu Ubaidah bin Jarrah?


Pernah dengar bukan? Dia adalah panglima perang yang sangat digeruni oleh musuh musuh islam zaman itu. Mahu dengar cerita tentang Gubernur negeri syams ini?


Suatu hari Umar Al Khattab, ingin berkunjung ke rumah Abu Ubaidah. Lalu Abu Ubaidah bertanya, “Untuk apakah kau datang ke rumahku? Sesungguhnya aku takut kau tak kuasa menahan air matamu begitu mengetahui keadaanku nanti.”


Namun Umar memaksa. Akhirnya Abu Ubaidah mengizinkan Umar berkunjung ke rumahnya. Sungguh Umar terkejut. Ia mendapati rumah Sang Gubernur Syam kosong melompong. Tidak ada perabotan sama sekali.


Umar bertanya, “Hai Abu Ubaidah, di manakah penghidupanmu? Mengapa aku tidak melihat apa-apa selain sepotong kain lusuh dan sebuah piring besar itu, padahal kau seorang gubernur? Adakah kau memiliki makanan?” tanya Umar lagi.


Abu Ubaidah kemudian berdiri dari duduknya menuju ke sebuah ranjang dan memungut arang yang didalamnya. Umar pun meneteskan air mata melihat kondisi gubernurnya seperti itu.


Abu Ubaidah pun berujar, “Wahai Amirul Mukminin, bukankah sudah kukatakan tadi bahwa kau ke sini hanya untuk menangis.”


Umar berkata, “Ya Abu Ubaidah, banyak sekali di antara kita orang-orang yang tertipu oleh godaan dunia.”


Suatu ketika Umar mengirimi uang kepada Abu Ubaidah sejumlah empat ribu dinar. Orang yang diutus Umar melaporkan kepada Umar, “Abu Ubaidah membagi-bagi kirimanmu.”


Umar berujar, “Alhamdulillah, puji syukur kepada-Nya yang telah menjadikan seseorang dalam Islam yang memiliki sifat seperti dia.”


Begitulah Abu Ubaidah. Hidup baginya adalah pilihan. Ia memilih zuhud dengan kekuasaan dan harta yang ada di dalam genggamannya. Baginya jabatan bukan aji mumpung buat memperkaya diri. Tapi, kesempatan untuk beramal lebih intensif guna meraih surga.


“Dik, marilah kita menjadi seperti Abu Ubaidah, kesempitan itu makin mendekatkan dirinya pada Allah. Dan kesenangan yang Allah berikan pada keluarga kita ini, kita jadikan kesempatan untuk kita meraih syurga Allah”


Aku sayang padamu dik, disaat kesempitan, mohonlah bantuan Allah, kemudian barulah bgtau aku, kakakmu.


0 comments: