Aku masih setia mencintai-Mu

i'm feelin so sad. i'm feelin so guilty. i'm really missing Him.

Suatu ketika dahulu, aku pernah berjanji pada-Nya yg aku akan selalu dekat dengan-Nya.
Aku tinggalkan cinta lelaki itu kerana aku mahukan cinta-Nya.
Aku tutupi auratku dengan sempurna kerana aku mahu patuh akan suruhan-Nya.
Aku selalu membaca ayat ayat-Nya kerana aku mahu selalu ingat pada-Nya.
Aku lakukan segalanya untuk-Dia.
Aku lebihkan Dia dari segala galanya di dunia ini.

Tapi aku kadang2 lupa.
aku selalu sahaja leka.
aku kerap kali alpa.

maafkan aku, ampunilah aku.
aku masih setia mencintai-Mu,
walau kadang-kadang dunia kerap menggodaku,
walau seringkali banyak lelaki menghampiriku,
walau kesenangan acapkali melenakanku.

Oh Allah.
Sesungguhnya aku masih cinta pada-Mu,
aku tidak pernah lupa akan pertemuan dengan-Mu,
aku menanti-nanti hari di mana aku mampu menyempurnakan separuh agama-ku,
agar aku bisa selalu kusyuk mengingati-Mu.

0 comments: