Rasanya sudah lama aku tidak mecoret apa apa di dalam 'diari' kesayanganku ini. Masa yang berlalu begitu pantas, sedar tidak sedar hari ini sudah 16 March 2010, sudah lebih 3 bulan aku intern di sini. Pelbagai peristiwa dan pengalaman telah aku lalui, mengenali insan insan di sekitarku ini, betapa banyak mengajarku tentang erti kehidupan.
Sesuatu yang tidak kusangka sangka juga telah berlaku padaku, tetapi hanya pada Allah aku memohon yang terbaik. Biarlah Allah yang memandu segala keputusan yang aku ambil dan Allah sahaja yang sentiasa mengembalikan aku kepada Nya.
Pergi menemui Allah di Baitillah, aku mengambil kesempatan untuk berdoa kepada Allah supaya mengembalikan aku ke jalan Nya sekiranya aku lalai. Sudah pasti aku tidak mampu mendoakan agar aku selalu terpelihara daripada dosa kerana aku bukanlah seorang sosok manusia maksum bernama nabi. Tapi yang mampu aku doakan pada Allah adalah supaya Allah sentiasa menarikku dan menyelamatkan ku ke jalanNya sekiranya aku dalam kealpaan..
Aku juga berdoa agar Allah menjodohkan aku dengan seseorang yang sangat mencintaiNya, seseorang yang bisa menyejukkan hatiku, kerana rumah tangga yang bakal terbina pastinya akan menentukan hala tuju agamaku, menentukan ke arah hidupku.
Itulah doa yang aku ulang ulang di sepanjang tawafku, itulah doa yang aku tangisi tatkala aku berdiri di hadapan Multazam, itulah doa yang aku pohon tatkala aku mencium hajaratul aswad...
Aku masih disini~
Posted by rohadatulaisy Tuesday, March 16, 2010 at 4:47 PM
Labels: Life
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment