Kini, sudah 2 minggu aku memulakan praktikalku di KLCC. Di tempatkan di bahagian Planning & Strategy, Group Supply Chain Management, Aras 66, Menara 1, Menara Berkembar Petronas, KLCC.
Aku berasa amat bersyukur pada Allah kerana dipilih untuk meneruskan industrial trainingku ini di sini. 2 minggu pertama sudah aku rasakan betapa banyak yang dapat aku pelajari. Aku dapat melihat bagaimana syarikat yang menjana keuntungan berbilion ringgit setahun merencana planning & strategy mereka.
Subhanallah, jika aku mampu memanfaatkan pengetahuan yang aku belajar di sini utk merencana projek raksaksa kita semua yakni menegakkan kembali kalimah tauhid, banyak sekali kebaikannya pada umat. Insyaallah, doakan aku wahai sahabatku..
2 minggu pertama ini jugalah aku belajar menyesuaikan diri dengan kehidupan di tengah tengah
Alhamdulillah segala galanya kelihatan semakin tenang. Dengan izin Allah kelihatan semakin baik..
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Di sini juga aku mula belajar tentang kehidupan. Aku terjun sendiri melihat bagaimana umat islam menjalani kehidupan seharian. Ibarat sekelompok burung yang pagi2 nya sudah keluar mencari rezeki, dan bila malam menjelma semuanya pulang ke sarang masing masing melepaskan lelah.
Begitulah kehidupan mereka hari demi hari, minggu demi minggu, tahun demi tahun. Semuanya mencari kabahagiaan yang disangkakan akan kekal bahagia yakni kebahagiaan material. Kebahagiaan dengan banyak nya wang. Kebahagiaan dengan besarnya pangkat, kebahagiannya dengan besarnya rumah & kereta.
Aku juga belajar seni memahami manusia. Aku kenal berbagai bagai jenis karekter. Aku mula belajar erti persahabatan dan cinta. Cinta itu terlalu universal, usah terlalu disempitkan dengan cinta kaum adam & hawa.
Yang pasti, cintaku pada Dia sangat aku khuatirkan. Aku bimbang andai segenap hatiku ini terpenuhi dengan cinta selainNya. Nauzubillah. Biar dibuang manusia, asal cintaku pada Nya tetap terpelihara. Ameen.
0 comments:
Post a Comment