Le tour de Sabah (Part 1)


Pengalaman berjaulah dan berprogram ke sabah merupakan pengalaman yang cukup indah untuk dilukiskan dengan kata kata. Benarlah apa yang difirmankan oleh Allah s.w.t dalam Al Quran…

“…… Demikian Allah menyempurnakan nikmat Nya kepadamu agar kamu berserah diri (kepada Nya) …….” (16:81)


Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan begitu banyak nikmat dan kemudahan, nikmat sihat sehingga dapat berjaulah dan berprogram melintasi laut china selatan, nikmat rezeki sehingga dapat menaiki Malaysia airlines (thanks for MAS crews for your 1st class services), nikmat ukhwah sehingga dikurniakan akhwat2 sabah yang begitu baik sekali melayan tetamu.




Alhamdulilah, saya bertolak dari Utp pada jam 9.13 pagi 14hb dari KTM Batu Gajah ke K.L sentral. Pagi tu agak kelam kabut kerana semua akhwat ada kelas dan pergi keje. Tapi alhamdulillah Ukhti Khadijah siap untuk menolong menghantar saya ke KTM dengan motor nye. (Thanks ye kak jah, luv u.. hehe)


Tiba di K.L sentral, saya terus mencari KLIA Express, ingatkan murah, rupenya RM35… Uishh, terkejut gak la, tapi buat2 slumber jje. Dah beli tiket terus pergi check in kat situ gak. Tapi masa tu masih awal lagi sebab flight saya pukul 5 petang. So, call la my sporting uncle, Pok cha. Hehe..


Pok cha, my sporting uncle..


“Jom g makan sama,”, ajak my uncle.

“Ok”, kata saya ringkas.

Tetiba dia bersuara, “Cuba tengok akhbar kosmo ni”.

Saya perhatikan tajuk utamanya, “Asri Rabbani rebah di pentas nasyid.”


Saya perhatikan betul2, rupa nye ada gambar uncle saya sedang usung jenazah arwah Asri. Rupa nye uncle saya best friend Arwah Asri, diorang selalu pergi umrah bersama2. Terharu mendengar uncle saya menceritakan kebaikan arwah. Semoga Allah tempatkan beliau bersama para syuhada’ dan solihin..


my uncle (baju pink) mengusung jenazah arwah Asri.


Then, akhirnya bila tiba di KLIA dalam pukul 4.45 petang saya masuk ke ruang menunggu. Sedang asyik membaca terjjemahan Al Quran, mata saya tetiba seseorang. “Macam pernah tengok,” bisik hati kecil saya, rupanya Aziz Satar, pelakon veteran duduk betul2 di hadapan saya. Ramai gak la peminat dia yang datang mintak autograph..


Datuk Aziz Satar (Baju biru)

Saya sambung melihat terjemahan. Tetiba mata saya sekali lagi ternampak seseorang yang saya kenal. “Ni Datuk Ismail Kamus ni”, bisik hati saya. Saya agak teruja, rasa mahu sahaja menyapa beliau bertanyakan masalah umat sekarang ni. Tapi apakan daya, hanya mampu memerhatikan beliau dari jauh. Selalu juga saya mendengar ceramahnye melalui youtube…


Datuk Ismail Kamus ( Jubah putih)


Kemudian, kami dijemput oleh cabin crews untuk masuk ke dalam flight.


Menuju masuk ke dalam flight.


“Welcome aboard”, kata seorang pramugari. Perjalanan selama 2 jam 30 minit, rasa sekejap sahaja kerana kami dilayan dengan baik sekali.


nasi goreng with chicken satay + guava juice...


Cumanye, pakaian pramugari agak menjolok mata. Itu bukanlah nama nye professionalism bagi saya. Kenapa kena pakai seksi utk jadi professional? Kenapa sanggup mengundang murka Allah, semata mata untuk menjadi tatapan mata manusia?


Keadaan di dalam fligt MH 2662


Insyaallah, ikhwah akhwat semua, nanti bila tiba saatnye, kita semua ada syarikat penerbangan sendiri yang pramugarinye memakai tudung labuh tapi sangat professional melayan hanya tetamu perampuan dan pramugara ikhwah yang sangat professional melayan para tetamu lelaki. Insyaallah..


Alhamdulillah tiba di lapangan terbang kota kinabalu, KKIA jam 7.30 malam.



To be continued...

0 comments: