Le tour de Sabah (Part 2)


Sepanjang berada di sabah dan mengenali akhwat sabah, saya begitu tertarik dengan pribadi para akhwat di sana. Usai tiba di ‘banglo’ dakwah milik mereka, saya di sambut dengan huluran tangan dan salam penuh kemesraan. Terus mereka hidangkan saya dengan sedikit makanan. Walaupun agak kepenatan, saya gagah kan diri untuk menjamah sedikit demi menjaga hati mereka. Subhanallah, hati saya berbunga bunga merasai nikmat ukhwah bersama para akhwat di sana.


Banglo akhwat sabah


Keesokkan harinya, kami berprogram seharian penuh. Bertukar pendapat, memberi pandangan, meluahkan perasaan kerana cinta kami yang sangat besar kepada Allah, RasulNya dan agama kami, Islam yang tercinta!!


Betapa bila ukhwah itu disuburi dengan cinta kepada Allah,

Walaupun pertama kali berjumpa seperti sudah lama makan dan tidur bersama..

Walaupun laut china selatan, banjaran titiwangsa dan gunung kinabalu beribu ribu batu memisahkan jasad kami, namun hati ini seakan akan sudah berpatut sekian lama…


Demikian lah berbezanya hubungan yang didasari dgn cinta kepada Allah, berbanding dengan hubungan yang di dasari dgn kepentingan individual dan kehendak nafsu semata..


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Pada petang sabtu, saya berpeluang untuk keluar meronda ronda dan mengelilingi kota kinabalu..


Subhanallah, cukup indah bumi sabah… betapa Allah telah membukakan mata hati dan jiwa saya..


kawasan perumahan penduduk kampung


Terus terang, sebelum ini, saya menggambarkan sabah adalah sebuah negeri yang tiada apa apa, hanya pekan kecil yang dikelilingi hutan2 tebal dan dipenuhi dengan haiwan haiwan liar.


Tapi rupa rupa nya tekaan saya 100% silap…


Dapat saya simpulkan, sabah kaya dengan kasih sayang..


Ya kasih sayang..


Kasih sayang para penduduk nya..


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Saya sengaja naik moto dengan seorang akhwat Upsi yang juga first time datang sabah.. Dalam hati saya seperti berbisik bisik, “macam nak sesat je petang ni”.


pengembaraan bermula..


“Tak di namakan pengembaraan kalau tak sesat,” hati saya menambah lagi. Hehe.. memang itulah saya, sukakan cabaran. Kalau tidak masakan masih kekal dalam jalan dakwah dan tarbiyah ni.. jalan yang penuh onak, duri, cabaran, dugaan dan macam2 lagi..


Kemudian, bermula lah pengembaraan kami mengelilingi kota kinabalu.. tempat tujuan kami adalah Pasar Filipin (tak tahu la betul ke tak ejaan tu)


Pusing punye pusing, tanya pak cik tu, tanya mak cik ni, belok sana, belok sini, akhirnya kami tiba di tempat yang di tuju. Masa tu ramai sangat orang, keadaannya seperti pasar malam wakaf che yeh kat Kelantan (promote.. hehe).


Tapi satu benda yang menarik perhatian saya adalah ramainye kanak kanak yang berkeliaran di kawasan tu. Pelik juga, seperti anak anak yang bukan dalam pantauan parent…

kanak2 bermain main berdekatan pasar filipin.


To be continued..


Afwan, lambat update, banyak urusan sgt. ana usahakan utk abiskan le tour de sabah nanti.


0 comments: