Dengan nama Allah, yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani..
Setiap daripada kita pernah berangan-angan bukan? Mahu itu, mahu ini, pastinya semua yang diimpikan indah-indah belaka.
Bagi seorang perempuan, berangan-angan utk mendapatkan lelaki yang hensem, kaya, baik, jujur, badan macam Fahrin ahmad (oppss), macam2 lagi la.
Yang lelaki pula mengimpikan seorang perempuan yang jelita, cantik, lemah-lembut, ayu, dahi licin (opppss again..).
Tidak kurang juga ada yang mengimpikan untuk memiliki harta yang banyak setinggi gunung uhud, kereta yang besar, rumah berjuta-juta, pekerjaan yang hebat, pangkat yang tinggi dan di sanjung manusia seluruhnya.
Disangka panas hingga ke ptg, rupanya hujan ditengah hari. Bahagia yang diharapkan dari impian2 tadi tidak seindah yang disangka kan.
Lelaki yang hensem tadilah yang sentiasa meresahkan jiwamu, wanita yang cantik itulah yang membuat hidupmu tension, duit yang banyak itulah yang menjadi kebimbanganmu siang dan malam, sanjungan manusia rupanya hanya dihadapan, sedangkan dibelakangmu, engkau menjadi bahan kutukan.
Erghh.. bosan, bosan bosan!!
Akhirnya itulah perkataan itulah yang berhambur keluar dari mulutmu.
Namun, ketahuilah sesungguhnya ada suatu kenikmatan yang berbaloi untuk kita angan-angan kan. Di sana hatimu tenang, hidupmu bahagia, senyuman mu pasti terukir selalu. Kau akan bersama-sama dengan insan-insan yang kau sayangi, insan yang kecantikan tiada tandingan. Dan kebahagiaan itu bukan untuk sehari dua, seminggu atau sebulan, tapi selama lamanya.. infiniti..
Itulah suatu tempat yang dipanggil "syurga"..
Sesungguhnya ada 7 ciri penghuni syurga yang boleh dilihat didunia lagi. Periksa dan muhasabahlah diri kita. Adakah mana2 ciri yang hampir dengan kita, atau tiada satu pun ciri berikut yang kita miliki.
Tujuh ciri dimiliki golongan ini dinyatakan Allah dalam surah al-Mukminun, ayat 1 hingga 11. Ciri-ciri itu ialah:
- Khusyuk dalam menunaikan solat
Insan yang Mukmin mampu melaksanakan solat dengan khusyuk sesuai dengan keteguhan dan kemantapan iman dimilikinya. Pengertian khusyuk mencakupi seseorang itu memahami apa yang dibaca dan dilakukannya dalam solat.
Menurut Imam al-Ghazali, dalam khusyuk itu juga harus ada rasa takut kepada Allah. Sembahyang yang dikerjakan dengan khusyuk adalah syarat pertama untuk mewarisi syurga Firdaus.
- Memelihara diri daripada perbuatan yang tiada berguna
Seseorang yang benar-benar mukmin tidak akan membiarkan masa berlalu dengan tidak melakukan perkara berfaedah.
- Menunaikan zakat
Seorang Muslim sejati akan rela dengan ikhlas menunaikan kewajipan zakatnya tanpa wujud paksaan, lantaran sedar bahawa hartanya sudah memenuhi syarat untuk berzakat.
Selain itu, dia sedar bahawa pada harta miliknya itu ada hak orang lain yang harus diberikan, terutama hak fakir miskin. Hartanya yang sebenar hanyalah harta yang tinggal selepas dikeluarkan zakatnya.
- Memelihara kehormatan
Orang mukmin berjaya akan menghindarkan diri daripada melakukan penyimpangan dalam hal seksual dan tidak mendekati zina. Dia tidak akan berlaku serong dan hanya menyalurkan keinginan syahwat (persetubuhan) melalui jalan halal dengan pasangan sah.
- Melaksanakan amanah
Seseorang mukmin yang diberi kepercayaan akan menunaikannya dengan baik kerana kepercayaan itu adalah penghormatan paling berharga baginya.
- Memenuhi janji
Islam mengajar bahawa setiap janji mesti ditunaikan kerana janji itu ibarat hutang. Lantaran itu ia perlu dibayar. Segala sesuatu yang dijanjikan perlu dipenuhi kerana yang demikian adalah ciri Mukmin berjaya.
- Memelihara solat
Solat pada pandangan Mukmin sejati paling penting. Jadi, solat mereka cukup terpelihara, sehingga dapat dilaksanakan dengan begitu baik lagi sempurna. Waktu solat dijaga dengan baik seperti solat pada awal waktu. Begitu juga dengan rukun dan pelbagai syarat lainnya yang mana semuanya itu sangat diberi perhatian.
0 comments:
Post a Comment