"Kakak, buat yang terbaik. Biarlah bos kakak nak bagi markah rendah, asalkan kakak telah buat yang terbaik. Serahkan pada Allah. Mungkin ujian buat kakak dapat bos yang cerewet, tapi ikut je cara dia sebaik mungkin yang kakak mampu, yang kemudiannya serahkan pada Allah..", suara mama kedengaran makin sayu. Aku menahan sebak di dada.
"Mama, tahu tak hari ni hari apa?", aku akhirnya bertanya soalan yang sememangnya itulah pokok tujuan aku menelefon mama.
"Tahu sangat, hari ni hari ibu. Semua kawan kawan mama dah dapat wish dari anak diorang", aku tersenyum bersalah.
"Selamat hari ibu mama, kakak syg mama", owhh akhirnya aku berjaya meluahkannya.
"Terima kasih", aku dapat dengar dengan jeles seperti suara mama bergetar menahan perasaan.
----------------------------------
Tidak ada satu perkara yang paling aku rasa bertuah dalam dunia ini (melainkan mendapat nikmat iman, islam dan tarbiyah) melainkan aku ada seorang insan yang ku panggil sejak kecil lagi, mama.
Aku lahir dari rahim seorang wanita yang kuat semangat nya. Dimataku mama seorang wanita yang sangat tenang dan tabah. Aku tahu dalam pernikahannya, dia pernah dilambung hujan badai yang pastinya setiap wanita akan tergugah oleh nya.
Tapi mama hanya satu reaksinya, diam.
Dia hanya tenang, apa sahaja yang datang, dia tenang.
Tapi dalam diam nya, aku lihat dia bijak mengatur langkah, memperbetulkan setiap permasalahannya.
Aku masih ingat ketika aku menangis semahu mahu menceritakan kedukaanku, mama dengan tenang memberikan kata kata semangat buatku. Sehingga akhirnya senduku terhenti kerana mama menitiskan air mata kerana dia sangat sayangkan ku. Mama mahu aku bangkit dari kebodohan yg aku cipta sendiri.
"Ya Allah, ampuni segala dosa ibuku, kasihanilah ibuku sebagaimana dia begitu mengasihani ku sejak aku kecil lagi, golongkan dia kalangan hamba hamba Mu yang diredhai".

0 comments:
Post a Comment