Semalam tdo ku agak kelewatan.. melayari internet sedar tidak sedar jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi. urrghh.. rasa menyesal muncul dalam diri. Alangkah bagusnya masa yang ada diisi dengan mengingat Allah, tapi dilalaikan oleh sebuah laptop.
Dan Dialah yang menidurkan kamu di malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan di siang hari, kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari untuk disempurnakan umur(mu) yang telah ditentukan, kemudian kepada Allah-lah kamu kembali, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa yang dahulu kamu kerjakan (QS Al An'am, 6:60)
Semasa dalam perjalanan ke tempat keje, di sebelah kak sal yg syok memandu (habis potong sume keta), aku melihat ke langit, ku lihat langit yang cerah dan biru. Subhanallah, indahnya alam ciptaan Mu Tuhan.
Aku terpikir.
Alangkah indahnya dapat bertemu dengan Allah. Bertemu dan meluahkan kerinduanku pada Nya. Betapa dunia banyak melalaikan ku dari mengingat Nya.
"Shaf dah sampai, jum beli bekfas dlu", kak sal yg tengah make up mengejutkan ku. Kelihatan pak cik india tempat parking tersenyum lebar.
Total action hari ini adalah: mulakan dgn zikrullah, siapkan weekly report sampai week 20, selesaikan urusan mukhayyam hujung minggu ni, mengalun ayat suci al quran sebanyak 1 juz.
0 comments:
Post a Comment