Shimon Peres yang kurang ajar

Tinggalkan sidang kerana sikap Presiden Israel

DAVOS- Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan kelmarin bertindak meninggalkan Forum Ekonomi Dunia semasa sidang sedang berlangsung di Switzerland setelah bertikam lidah dengan Presiden Israel, Shimon Peres berhubung konflik Gaza.
Dalam situasi dramatik di Davos, Erdogan berjalan melintasi Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon dan beberapa anggota panel lain.
"Saya tidak fikir akan kembali ke Davos selepas ini setelah anda tidak membenarkan saya bercakap," kata Erdogan.
Beliau turut mengkritik para pegawai delegasi antarabangsa dan ketua korporat kerana memberi tepukan gemuruh terhadap ucapan emosi Peres yang mempertahankan tindakan Israel membunuh lebih 1,300 penduduk Gaza.
Turki adalah antara beberapa buah negara Islam yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel dan sebelum ini pernah memohon kepada PBB untuk menyertai misi pengaman Asia Barat.
"Saya sangat dukacita kerana ramai bertepuk tangan dengan apa yang anda katakan kerana hakikatnya ramai penduduk (Gaza) mati," jerit Erdogan kepada Peres sebelum dihalang oleh moderator.
Ki-moon meminta Israel untuk menamatkan sekatan terhadap Gaza dan meminta Hamas menamatkan keganasan serta memperbaharui usaha dunia Arab untuk menyatukan kembali beberapa kumpulan Palestin.
Sementara itu di Gaza, Erdogan menerima pujian daripada penduduk Palestin kerana tindakannya memulaukan Peres.
Penduduk Gaza yang mendiami kem pelarian Jebaliya mengibarkan bendera Turki di tapak runtuhan masjid yang musnah dibedil Israel.
Erdogan turut disambut sebagai wira oleh sebahagian besar penduduk apabila beliau tiba di Turki selepas menghadiri forum ekonomi dunia itu. - kosmo online

Papa


       Entah mengapa malam ini fikiran ku melayang layang mengingati papa.. baru petang tadi aku bercakap telefon dengannya. Kedengaran suaranya agak kepenatan.. dia berada di hospital kerna kencing manisnya meningkat kepada 22. Agak tinggi sebenarnya.. 

Insyaallah papa dan mama akan berangkat ke tanah suci untuk mengerjakan umrah pada 12 Februari ni... "Ya Allah, Kau sembuhkan lah papa, agar bisa dia menjadi tetamu Mu telah lama lagi.." 

"Dan hendaklah kamu beribadah kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa." (4:36)

 Aku masih ingat lagi ketika aku masih kecil lagi, papa akan merotan kami adik beradik sekiranya lambat menunaikan solat... Subhanallah.. semoga Allah membalas segala kebaikan papa.. aku merindukan gurau senda dan jenaka papa.. wlaupun aku tidak pernah melahirkan rasa sayang pada papa secara zahirnya.. tapi jauh di sudut hatiku.. aku sangat merindukan pertemuan kita semua di syurga kelak... "Selamatkan aku dan seluruh ahli keluargaku (seterusnya kpd muslimin muslimat) dari api neraka Mu, Ya Allah."


 

 

Hakikat Sifat Ujub

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Sudah agak lama jari jemari ini tidak berirama menekan keyboard laptop aku ni.. rasa nya pada malam yang agak mendinginkan ini, ingin sekali aku menuliskan sesuatu sebagai peringataan untuk AKU sendiri sebenarnya.. serta untuk sesapa sahaja yang membaca entri ini…

Seperti biasa, buku kesayangan ku, ‘Tazkiyatun nafs’ karangan said hawwa menjadi rujukan. Kali ini aku terasa ingin membersihkan penyakit hati yang kelima dalam buku ini yaitu ujub ataupun dalam erti lain bermaksud membangga kan diri.

Belajar di sebuah universiti yang agak terkenal dan gah di Malaysia apalagi ada nya perkataan Petronas di belakangnya, sedar atau tidak kadang2 ini menjadi satu sarana yang agak mudah bagi syaitan membisikkan kata2 manisnya pada setiap hamba Allah yang menuntut di sini. Aku juga tidak terkecuali... cuba kalian bayangkan pada tahun kemasukan aku ke utp (lebey kurang 800 orang), hanya aku dan beberapa muslimah sahaja yang memakai tudung labuh..

“Kau lah perempuan yang paling bagus kat sini, menutup aurat dengan sempurna” demikianlah antara petikan kata2 syaitan pada aku.. astagfirullah hal azimm.. aku memohon keampuanan pada MU yang Allah, dan aku mohon Kau lindungilah aku dari bisikan syaitan laknatullah.

Rasulullah saw bersabda,
“Apabila kamu berjumpa dengan seorang yang memperturutkan sifat pelit, mengumbar hawa nafsu, mengutamakan dunia, dan selalu membanggakan pendapatnya sendiri, maka selamatkan dirimu” (at Tarmidzi).

Apabila seseorang berjangkit dengan penyakit ujub ini, maka dia akan mengalami kesulitan untuk bergaul dengan sesiapa sahaja dan bergabung dengan sesebuah jemaah.. Rasulullah saw memberikan nasihat bagi orang yang berpenyakit ujub ini untuk melakukan uzlah (menyendiri), sedangkan dalam setiap kesempatan Rasulullah saw selalu menganjurkan kpd umat baginda agr berjemaah, tolong menolong dan bekerja sama dalam kebaikan.

Allah berfiman :

"..... dan (ingatlah) peperangan Hunain, yaitu ketika kamu menjadi congkak kerana banyaknya jumlahmu, maka jumlah yang banyak itu tidak memberi manfaat kepadamu sedikit pun...." (9:25)

"...dan mereka pun yakin, bahawa benteng2 mereka akan dapat mempertahakan mereka dari (siksaan) Allah; maka Allah mendatangkan kepada mereka (hukuman) dari arah yang tidak mereka sangka2..." (59:2)

"Yaitu orang2 yang telah sia2 perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka berbuat sebaik baiknya..." (18:104)

Ibnu mas'ud berkata, "Kehancuran seseorang apabila melakukan 2 perkara; putus asa dan membanggakan diri."

Zaid bin Aslam berkata, "Jangan meyakini apa yang kamu kerjakan itu telah sempurna kerana itulah yang dinamakan ujub."

Basyar bin Manshur, salah seorang ahli ibadah yang selalu melakukan zikir dan mengingat kehidupan akhirat, suatu hari melakukan solat yang sangat lama. Di belakangnya ada seseorang yang melihat dan mengagumi ibadahnya. Setelah selesai, Basyar bin Manshur menghampiri orang itu dan berkata, “Jangan engkau kagum atas apa yang telah aku lakukan, kerana iblis (semoga Allah melaknatnya) telah beribadah bersama sma malaikat dalam waktu yang sangat lama, akan tetapi sekarang ia menjadi makhluk yang paling di laknat.”

Pengaruh negatif daripada sikap ujub ialah :
1. Sikap ujub membawa kepada sikap sombong (kibar).
2. Orang yang mempunyai sikap ujub gemar melupakan dan meremah remehkan dosa dosanya. Hal ini kerana ia menyangka telah melakukan ibadah dengan sempurna.
3. Orang yang bersikap ujub tidak mahu bermusyawarah dengan orang lain. Baginya dia lebih mengetahui daripada orang lain dan pendapatnya sahaja yang benar sedangkan pendapat orang lain salah.

Sebenarnya sikap ujub bermuara dari merasa drinya telah sempurna

Bila aku melangkahkan kaki

Bila aku cakap kat papa & mama nak keluar ada program, mereka tidak keberatan, sebaliknya bersusah payah menghantarku menaiki bas. Rasa hidup kembali hati ini, iman ini bila mana dapat mendengar pengisian yang menginsafkan, berjumpa dengan para akhwat yang tidak putus-putus memberikan kata kata semangat, bila berada dalam biah yang sangat membantu..

Alhamdulillah.. aku berpeluang berprogram di tanjung malim, changloon & berjaulah ke kangar perlis .. pelbagai peristiwa menarik, melucukan & manakutkan sepanjang berpeluang ke negeri orang. Yang menakutkan bila aku ke puduraya, ada seorang lelaki ini mengekori ku.. katanya dia baru balik dari Paris (bleh caya ke?). . xde angin, xde ribut.. macam macam dia tanya aku, tinggal kat mana? Bas pukul bape? Tiket bas harga bape? Nak ke mana? Ingat aku kuanter pertanyaan ke ape? Ish... sangat menyeramkan la lelaki macam ni. Nasib baik Allah membantuku, aku berjaya “melarikan diri”.. fuhhhh... lega.. Pesan ku pada akhwat sume, hati hati dengan lelaki bila travel sorang2.. Sebenarnya banyak lagi peristiwa-peristiwa lain, tapi malas la nak ingat balik.. yang lepas biarkan berlalu bak kata P Ramlee.. hehe.

Tapi yang aku nak citerkan pada para viewer blog ku sekalian ialah tentang apa yang aku baca dari majalah kesayanganku, Era Muslim Digest. Sempat la pergi beli kat Pustaka Fajar Bakti (sebelum ni nama dia PI). Harganya dalam 1 dirham=rm22. Yang menarik nye untuk edisi 8 kali ni, ialah berkenaan dengan “The Satanic Finance: Konspirasi Di Balik Sistem Kewangan Dunia”. Fuhhh.. aku memang melonjak gembira membaca tajuk tu. Rasa mau habiskan baca buku tu masa tu jugak. Apa yang aku bleh rumuskan daripada apa yang aku baca dari majalah EMD (era muslim digest) kali ini ialah; BELI LA EMAS BANYAK-BANYAK.. agak duniawi kan saranan aku?

Kalian mustiii tertanya-tanya why i said so... (skrang nak pegi ipoh, ada hal, nanti aku sambung balik)

Papa dan Mama..


Alhamdulilah.. baru je pas bercakap talipon dgn mama.. Rasa lapang dada ini bila keredhaan mama dan papa mengiringi langkah kaki ini seterusnya mengundang keredhaan Allah. . aku rasa hidup ini sangat beerti bila aku berbuat sesuatu untuk meraih cinta Rabbku dan dalam masa yang sama papa & mama (wlaupun belum ditarbiyah) tidak pernah menghalang usaha ku ini.

Ya Allah, aku sangat bersyukur padaMu.. Engkau permudahkan segala urusan ini, tiada lah daya ku melainkan dengan pertolonganMu. Hanya satu harapan ku, agar Engkau membukakan hati ibu ayahku agar mereka kembali beriman kepadaMu dengan sebenar benarnya.. agar mereka kembali kepada fitrah.. agar mereka kembali bersujud kepadaMu sebelum Engkau menjemput mereka pulang.. aku merayu ya tuhan.. kasihanilah mereka yang telah melahirkan & membesarkan ku.. aku merayu... aku bersujud..