Jejak Gemilang 09

“Na, macamana mung bleh berubah?”

Tanya seorang kawan lama saya dengan nada serius. Kami satu kelas di tingkatan 5 mutanabbi dulu. Saat ini kami dipertemukan Allah bersempena Program Jejak Gemilang anjuran alumni sekolah kami.

Saya memandangnya sambil tersenyum. Keadaan dewan yang agak bising, seperti tidak memberi apa apa impak pada perbualan kami. Kemudian saya mengalihkan pandangan saya. Saya merenung jauh, cuba mengingat kembali detik detik yang pernah saya lalui suatu ketika dulu.

Fikiran saya berputar putar mengingat peristiwa 3 tahun lalu yang banyak mengubah hidup saya, pendirian saya, dan haluan saya. Satu persatu saya ceritakan padanya agar bisa dia mengambil ibrah dari kisah hidup yang telah Allah aturkan untuk saya.

Walaupun saya bukanlah berasal dari keluaga yang berfikrah islam, maksud saya islam hanya pada nama, namun Allah telah memilih saya pertama tamanya untuk kenal DIA, kemudian jatuh cinta padaNYA..

Saat saya berumur 18 tahun, barulah saya kenal siapa saya, siapa tuhan saya dan untuk apa saya dihidupkan di atas muka bumi ini. 18 tahun lamanya saya menghambakan diri pada dunia, hidup tanpa arah yang jelas dan tiada apa apa prinsip yang dipegang walaupun pada zahirnya saya adalah seorang pelajar sekolah agama. (SMKA Wataniah)

Tetapi dek kerana luasnya rahmat Allah pada hamba hambanya, akhirnya saya kini berada di suatu jalan yang pada zahirnya kelihatan sangat susah, xbest, menyakitkan tapi sebenarnya pada batin jalan inilah yang mengantarkan saya pada Allah. Jalan inilah yang benar benar memberikan saya satu kenikmatan dan kepuasan dalam hidup. Jalan inilah yang banyak mematangkan saya. Jalan ini jugalah jalan yang pernah dilalui oleh para RasulNYA. Jalan iinilah yang membahagiakan saya kerana saya bisa mendapatkan redhaNYA. Jalan inilah saya bisa makin mengenali dan mencintai Kekasih awal dan akhir saya yakni Allah swt. Jalan ini a.k.a jalan dakwah dan tarbiyah.

Ya Allah, betapa saya bersyukur dengan kurniaan ini, tiada kata bisa saya lafazkan untuk saya gambarkan saat ini.

Erm, berbalik pada Program Jejak Gemilang yang saya sertai ni, banyak perkara yang agak mengejutkan saya tatkala kembali menjejakkan kaki ke sekolah yang telah 4 tahun saya tinggalkan. Antaranya:

1. Sekolah saya bertukar dari sekolah agama biasa kepada sekolah kluster. Ape ke mende nye kluster tu yeop? Tatau ler…
2. Disebabkan menjadi sekolah kluster, so semua pelajar wajib duk hostel. Jadi bile sampai je kat sekolah, terkejut den melihat construction yang sangat pesat sedang di jalankan. Umpama membina sebuah lapangan terbang.
3. Satu yang paling mengejutkan dan menyedihkan saya adalah akhlak pelajar sekolah tu semakin mengecewakan. Tatau la di mana silapnye, tapi kalau di imbas kembali, ketika batch saya dulu SPM 2005, xdelah seteruk deme ni. Dengan tidak menghormati seniornya, dah x pakai stoking g klas, tudung pun dah semakin singkat, keadaan dewan makan dan asrama yang tersangat kotor.. aduhai..

Alhamdulilah. Dengan kesempatan yang Allah berikan untuk saya menjadi panel forum pada pagi jumaat, 19hb jun, saya gunakan sebaik baiknya untuk mendekati adik adik dan saya cuba dengan cara termampu untuk menasihati mereka. Alhamdulilah, respon yang diberikan agak baik. Insyaallah sementara masih ada sebulan kat rumah ni, saya akan teruskan halaqah bersama mereka agar dalam masa sebulan ni saya diberi kesempatan oleh Allah untuk sedikit sebanyak mengubah akhlak mereka. Ameenn..